Hari nie Dayah masak Kangkung Goreng Belacan..
Adik pulak buat ikan bakar dengan air asam budu..
Sebenarnya tak da apa yang best pon nak cerita.. Haha
Selalunya ibu yang masak.. Tapi hari nie Dayah dengan adik pulak masak lauk untuk lunch.. Ibu masak nasi je.. Mesti korang pelik kan tetiba je Dayah nak cerita benda nie.. Tapi tak pa la.. Untuk mengelakkan blog nie bersawang, Dayah update je la benda nie..
Senang sangat nak buat Kangkung Goreng Belacan nie..
Bahan2:
*sayur kangkung
*cabai melaka
*belacan
*bawang besar
*garam
Dayah tambah ikan bilis dengan serbuk perasa sekali.. Air pon letak jugak.. Selalunya orang tak letak air pon tapi Dayah saja nak letak air.. Sebab adik2 suka makan nasi berkuah..
Cara2nya Dayah cerita sesimple mungkin ya..
*Mula2 tumbuk cabai, belacan, n bawang besar.. Lepas tu asingkan..
*Tumbuk pulak ikan bilis.. Then, gaul skali dengan sambal belacan tadi.. Letak tepi..
*Panaskan minyak dalam kuali.. Then, tumis bahan2 yang dah ditumbuk tadi..
*Selepas bau dah wangi, masukkan kangkung n then air..
*Seterusnya, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.. #sikit je tau..
*Last sekali, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.. #Ceewah.. ayat sebijik macam dalam buku resepi.. heheheh
Nie la rupa kankung goreng belacan berkuah yang dah siap.. OK tak?? |
Thanks for reading..
sedap ni... :)
ReplyDeletehehe.. sy x sempat nk mkn dh habis..
Delete