Instagram

Tuesday, December 22, 2015

Resepi Kuih Masalodeh

Assalamualaikum..
Dengan kesibukan yang melanda, blog ni dah makin krik krik. 
Masa cuti sem yang lepas, Dayah tolong ibu buat kuih untuk dijual.
Harini tiba-tiba rasa macam nak update blog untuk share resepi. 
Sekarang ni tengah cuti study week dan bila dah stress mula la nak buat benda lain

KUIH MASALODEH

Bahan-bahan:
500g kacang parpu (rendam 6-7jam)
Segenggam ikan bilis (dibasuh)
5 biji cili kering (potong kecil2)
2 biji bawang besar (dicincang)
5-6 batang daun sup (dicincang)
1 sudu garam
1 sudu serbuk perasa (Dayah guna serbuk jenama Hilal)
3 sudu tepung gandum
Air (untuk mengisar kacang)

Cara-cara:
1. Kisar kacang parpu yang dah direndam. Masukkan garam dan ikan bilis ke dalam mesin pengisar. Kisar campuran tadi.
2. Masukkan kacang yang dah dikisar ke dalam bekas dan campurkan dengan bawang, daun sup dan cili kering yang dah dicincang tadi.
3. Masukkan serbuk perasa dan gaul. 
4. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.
6. Guna senduk untuk membentuk kuih.
5. Goreng kuih tadi dalam minyak sederhana panas.

Ok. Senang kan? Untuk air tu, Dayah tak tahu macam mana nak cerita.

Kuih Masalodeh



Friday, August 14, 2015

Cerita cuti


Assalamualaikum..
dah lama tak update.. sibuk sejak-sejak jadi student degree ni..
Baru-baru ni result exam sem 2 dah keluar dan syukur alhamdulillah aim dayah untuk sem ni tercapai.
Sekarang ni tengah cuti. Bosan jugak la.  Hari-hari cari idea nak masak apa.. hahaha
Masa bulan puasa hari tu, hari-hari fikir nak buat kuih apa..
Gambar bawah ni antara kuih yang sempat buat masa bulan Ramadhan yang lepas.
Kuih Abuk-abuk

Rebus abuk-abuk

Buah Melaka


 Rasanya, setakat ni dulu kot. Nanti kalau dayah ada idea nak menaip, dayah update lagi okay. :)