Instagram

Wednesday, September 25, 2013

Tips awet muda


- Jaga Kulit daripada Pancaran UV Matahari
Ini adalah antara faktor kulit kita kering dan menyebabkan ia nampak tua daripada usia. So caranye dengan menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Jika rasa-rasa macam tak mampu je nak pakai kosmetik yang mahal tu. Pemakaian bedak asas pun boleh tak pun kerap basuh muka. Itu pun boleh jugak. Ini akan mengekalkan kelembapan kulit muka.
- Elak merokok
Haa..ini memang betul pun. Elakkan daripada merokok. Asap rokok ini tidak secara langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana kandungan rokok itu akan menyebabkan pengurangan oksigen dalam badan seorang perokok. Apabila ini berlaku, ia akan melambatkan proses pembentukan sel2 baru dalam badan menyebabkan wajah nampak pucat dan tidak bermaya. Ia juga boleh mengundang garis2 halus pada mata.






- Pencucian dalaman
Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.
- Pelembapan dua kali ganda
Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.
- Aktifkan peredaran darah
Bersenamlah sekurang2nya 30 minit sehari 4 kali seminggu. Bersenam akan menyebabkan badan kita aktif dan mengaktifkan peredaran darah dalam tubuh kita. Apabila peredaran darah ini lancar, ia akan menceriakan kita. Secara pyschology nya, perasaan yang ceria dan hati yang tenang akan menyebabkan kita nampak muda. 






- Kerap membelai wajah
Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
- Pengendalian lembut
Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.
- Pemakanan yang seimbang.
Ini adalah antara perkara yang penting dalam ingin mendapat awet muda. Apabila kita mendapat pemakanan yang seimbang kita akan mendapat kesihatan dan tidak secara langsung jugak mengekalkan wajah muda kita. Pemakanan seimbang ini tidak semestinya perlu mengikut piramid makanan itu. Cuma kita perlu banyakkan minum air dan makan sayur2an. Sayuran itu bukanlah sayuran yang kita masak dengan kaedah menumis atau mengoreng. Ia lebih baik kalau kita makannya dengan mentah seperti ulam atau dengan hanya merebus sahaja. Ini kerana ingin mengekalkan zat sayur tersebut.
- Makan buah
Buah adalah satu makanan yang banyak zatnya. Biasanya kita selalu makan buah selepas makan. Sebenarnya cara ini tidak tepat. Sebaik2nya buah ini dimakan sebelum kita makan makanan ruji kita. Itu yang terbaik.


1 comment: