Assalamualaikum..
Rasa macam dah lama je Dayah tak sharing-sharing kan? Erm.. Sejak akhir-akhir ini Dayah sibuk sangat. Kesibukan yang melampau sebagai seorang pelajar ni membuatkan Dayah tension sangat.. Kadang-kadang tu, sebab stres sangat sampai menangis jugak la.. Haish..
Tanda-tanda stress:
sakit kepala
kesukaran untuk tidur
perubahan selera makan
cepat letih
jantung berdebar-debar secara tiba-tiba
gelisah
merasa dirinya sangat bosan
kemurungan
cepat marah
mudah lupa
Banyak kan tanda-tanda stres? Sebenarnya, banyak jugalah tanda-tanda yang disenaraikan dia atas ni yang Dayah alami.. Dayah selalu sakit kepala dan susah nak tidur walaupun waktu tu dah rasa macam mengantuk tapi bila pejam mata masih tak boleh nak tidur. Dayah boleh tidur dengan senang pun kalau Dayah letih sangat-sangat je macam semalam.. Nanti Dayah cerita apa yang Dayah buat sampai letih sangat tapi dalam entry yang lain lah yer.
Dayah kalau tension memang selera makan tinggi la.. Haha sebab tu la cepat je berat naik baru-baru ni. Bila stres je, kalau dapat makan terus rasa happy je.. Sesetengah orang tu, bila stres mesti selera makan berkurang tapi Dayah sebaliknya pulak. Kenapa nak seksa badan kita tak nak bagi dia makan? Badan perlukan tenaga untuk teruskan aktiviti kita yang padat ni..
Selain itu, Dayah rasa macam cepat je nak marah. Kadang-kadang tu benda remeh je pun tapi rasa macam nak marah jugak tapi takkan tetibe nak marah orang sesuka hati je kan. Disebabkan itu, Dayah berusaha untuk kawal sifat marah dan panas baran tu.. Nanti Dayah kongsi cara-cara nak kawal sifat marah tau. Tunggu yer.
Tanda-tanda yang lain tu, rasanya ada jugak kut.. Tapi Dayah rasa tak teruk sangat kut.. Nanti Dayah share tentang cara-cara nak menangani stress dalam entry yang lain..
Thanks for reading. Harap-harap perkongsian yang sedikit ni bermanfaat..
Assalamualaikum :)
kalau stress, meh try mineral coffee.. hehe.. boleh tgk sini fifiy-fitrianiee.blogspot.com/2013/09/kenapa-mineral-coffee.html
ReplyDeletesalam perkenalan.....
ReplyDeletekalau stress suka window shopping.......
same la.. dayah pon suka window shopping jugak..
Delete