Assalamualaikum..
Hai readers..
21/9/2013
Pada post yang lepas Dayah ada bagitau yang dayah tidur nyenyak hari tu sebab letih sangat.. So, untuk post kali ni, Dayah nak kongsi sikit sebab apa Dayah letih sangat hari tu.. :)
Pada pukul 11.40 macam tu, Dayah, Fiqa dan Fadhilah berjalan di bawah cahaya matahari yang panas terik untuk ke Depo Bas.. Sampai di Depo bas, terpaksa tunggu bas yang lambat gila baru nak sampai.. Setelah bas sampai, kami pun naik.. *of course la naik kan? takkan nak tengok je bas tu.. haish.. tu pun nak cerita..*
Sesampainya kami di Kampus Barat, kami terus melilau mencari kedai jual makanan.. Waktu tu dah la panas terik.. Dayah pun berjalan sambil berpayung.. Hehe Dayah sorang je yang berpayung bagai.. Diorang dua tak berpayung pun.. Wajiblah payungkan diri ini.. Haha takut sunburn kulit nanti.. Dah la susah nak cerahkan kulit balik.. :D
Setelah puas merantau, berjumpalah kami dengan Student Pavillion.. Kami pun belilah makanan di situ.. Dayah beli Mee Hailam.. Nampak macam sedap je tapi rasanya hampeh. masin!!! Tak sedapnya.. Akhirnya, terpaksa buang sebab rasa macam tengah makan garam je..
Lepas makan dan minum, kami pun pergi ke tempat tujuan utama iaitu Pusat Bowling Unimas.. Jarak antara Pavillion dengan Bowling Centre agak jauh jugak la.. Unimas ni teramatlah besar.. Kami main 2 game je.. RM7 je seorang..
Seterusnya, kami pergi semula ke Pavillion.. Beli makanan ringan-ringan je dan lepas tu, pergi semula tunggu bas di Bangunan HEP tempat yang sama kami main bowling tadi.. Memang meletihkan.. Apabila sampai di situ, tunggulah kami di situ lebih kurang satu jam lebih jugak la.. Kami sampai di Kampus Timur dekat-dekat pukul 6 dah..
Petang tu, lepas selesai solat asar kami keluar lagi untuk beriadah.. Joging, skipping, lompat bintang dan menikmati keindahan alam.. *Ceh.. Ayat macam best je..* Betul la menikmati keindahan alam.. dah sambil berjalan tu mesti tengok sekeliling kan? :) Berpeluh sakan kami.. Fadhilah tak ikut pun Dayah dengan Fiqa joging.. Dila tak berapa sihat..
Malamnya, selepas solat Maghrib, Dayah dengan Fiqa keluar lagi.. Asyik keluar je.. Haish.. Nak buat macam mana, dah waktu kami balik petang tu, dah tak ada makanan dah dekat cafe.. Tekak pulak dah tak lalu nak makan maggi.. Waktu keluar malam tu, Fiqa makan Nasi Kerabu tapi Dayah hanya makan makanan ringan, aiskrim, dengan air jagung..
Pada penghujung ceritanya, Dayah tidur awal kerana keletihan.. Haha
-The End-
Tamat sudah diari hujung mingguku yang mungkin membosankan kamu untuk membacanya. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kerana sudi membacanya..
Have a nice day..
Assalamualaikum
mun pulak..xkemana2 pon..
ReplyDeleteOh yeke? mesti boring kan..
Delete