Syukur..
Setelah seminggu telinga kiri ni tersumbat akhirnya hari ini elok juga..
Susah juga bila sebelah telinga tersumbat sebelah ni..
Susah nak fokus dalam kelas..
Susah nak dengar apa yang orang cakap..
Bila dah jadi macam ni, barulah sedar betapa besarnya nikmat mendengar ni..
Baru mula berfikir bagaimana perasaan orang yang pekak untuk selama-lamanya tu..
Kita yang baru pekak sebelah telinga pun dah rasa macam susah dah, inikan pula kalau orang yang terus tak boleh mendengar.. Mesti lagi susah..
Alhamdulillah..
Allah dah sembuhkan telinga Dayah..
Allah dah pulangkan kembali nikmat pendengaran ni..
Walaupun hanya seminggu hilang nikmat,
tapi memang rasa macam susah je..
Syukur Dayah masih diberi peluang untuk menikmati nikmat ini..
Bukan senang-senang je Allah nak berikan sesuatu pada kita,
Kita masih perlu berusaha, berdoa dan tawakal..
Alhamdulillah,
Selepas seminggu guna ubat titis tu,
dan hari ini dah pergi jumpa doktor,
Dapat nasihat doktor..
Duit pun dah keluar..
Sembuh juga akhirnya..
:D
Dayah nak share sedikit tips untuk masalah telinga sumbat ni..
1. jangan korek telinga dengan cotton bud sebab cotton bud hanya akan menolak tahi telinga makin ke dalam je..
2. Boleh guna minyak zaitun untuk dititiskan dalam telinga untuk melembutkan tahi telinga..
atau
4. Nasihat doktor, korek telinga guna yang besi tu..
Lastly,
5. Kalau masih tak baik juga walaupun dah banyak hari pakai minyak titis tu, jumpa dengan doktor untuk dicuci telinga guna syringe tu..
Itu je tips yang simple daripada Dayah berdasarkan pengalaman sendiri dan nasihat doktor..
:D
Peace
Alhamdulillah. jadi kita kena laa belajar bersyukur lepasni :)
ReplyDeletekan.. baru terfikir semua tu lepas dah rasa macam mana telinga tak dengar..
Delete