Jawablah.. Memberi salam itu sunat tapi menjawab salam tu wajib tau..
Haha
Okey, untuk entry kali ni, Dayah nak kongsi azam tahun baru..
Dayah nak kurussss...
Alangkah indahnya kalau menguruskan badan itu senang.. Tetapi bukan senang nak kurus kan? Kalau nak menggemukkan badan tu sekejap je dah berjaya.. Haha
Selepas mengkaji program-program diet yang Dayah jumpa dalam internet, buku dan majalah, Dayah dah jumpa beberapa cara yang sesuai untuk diamalkan..
Untuk permulaan ni, Dayah nak cuba untuk seminggu dulu.. Kalau menjadi, Dayah tambah la lagi seminggu, sampailah dapat berat yang Dayah nak..
Strategi-strateginya:
ELAKKAN NASI
Untuk permulaan, Dayah nak elakkan nasi untuk seminggu dulu..
Sebabnya, nasi kan karbohidrat. Karbohidrat ni nanti jadi glukosa dan dengan kata lain, jadi gula.. Bukan untuk selama-lamanya pun tak nak makan nasi..
MAKAN PROTEIN DAN SAYUR
So, disebabkan nasi terpaksa dielakkan, Dayah buat keputusan untuk makan makanan yang berprotein dan serat je.. Dengan kata lainnya, makan lauk pauk je la.. Kalau makan protein ni, boleh mempercepatkan pembakaran lemak..
MAKAN ROTI
Okey, walaupun roti juga karbohidrat, tapi karbohidrat dalam nasi lagi banyak.. Disebabkan itu, nasi digantikan dengan roti.. Dengan ini, tak ada la diet tak sihat kan..
MINUM AIR KOSONG BANYAK
Nak tahu tak, kalau kita minum banyak air kosong kita boleh nyahtoksin dalam badan macam detox.. Untuk pengetahuan korang, dulu Dayah ada kawan yang buat diet yang minum air banyak-banyak ni.. Memang berat turun banyak..
JAUHI AIS
Untuk yang ini, Dayah tak ada masalah pun nak buat sebab Dayah bukannya penggemar air sejuk pun.. Tapi, Dayah suka makan aiskrim.. Tapi, InsyaAllah.. boleh kot avoid aiskrim untuk sementara waktu..
MAIN TALI SKIPPING
Dayah akan cuba untuk lompat tali hari-hari.. Biarlah sekejap pun janji ada juga buat kan..
Dayah nak lompat sekurang-kurangnya sampai kiraan 100..
HADKAN TIDUR SIANG
Dayah nak kurangkan tidur siang.. Selalunya kalau tak ada kelas petang mesti akan tidur punya.. So, untuk projek ni, Dayah nak hadkan tidur siang lebih kurang 15 minit ke 30 minit je.. Itu pun kalau letih sangat la..
Okaylah, rasanya itu je la strategi-strategi untuk Projek Kurus kali ini.. Wish me luck okay.. :D
XOXO
waaa Tips berguna ni.. hehehe
ReplyDeletehehe
Deletesemoga berjaya dan istiqomah!!
ReplyDelete