Assalamualaikum..
Hai..
18/12/2013
Pada tarikh yang di atas, Dayah ada lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.. Lawatan ni wajib untuk semua student Hayat.. So, suka atau tidak tetap kena pi jugak la.. Walaupun Dayah tak teringin pun nak masuk fakulti tu nanti, tapi best juga la dapat pergi melawat macam tu.. Untuk pengetahuan anda yang tak tahu, fakulti ini agak terasing daripada fakulti-fakulti lain yang ada di UNIMAS tau.. Sebab tu la kami kena naik bas untuk ke fakulti tu.. Perjalanan lebih kurang satu jam juga la.. Okaylah, malas nak cerita banyak-banyak, jomlah tengok gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan tersebut berlangsung.. Enjoy..
This is me.. |
Nampak tak perempuan yang bertudung oren yang bulat tu? Tu lah Dayah.. Haha |
Yang atas ni pula my classmate, Fiqa dan Ben..
Macam ni lah suasana masa lawatan tu berlangsung..
Yang atas ni pula entah manusia mana pun tak tahu... Hahaha
Gambar atas ni my favourite.. Haha Fiqa, Ika dan Ben..
Nampak tak betapa diorang enjoy this tour..
This is me.. again.. Peace :)
Dayah bersama dengan beberapa orang classmate..Mesti korang pelik dan tercari-cari mana la si Fiqa ni kan? kan? Dia jadi jurukamera la kali ni..
Dua gambar yang di atas ni suasana semasa dah dekat nak balik.. Semua tengah tunggu giliran nak tandatangan kehadiran tapi Dayah dengan Fiqa pulak malas nak meramaikan lagi, so, kami pun duduk la jauh sikit..
Last but not least, sikit je la gambar yang sempat diambil pun.. semasa dalam Anatomi Room kami dilarang mengambil gambar.. Kalau tidak mesti boleh share dengan korang gambar-gambar organ-organ yang dah diawet.. Organ-organ tu dah 20 tahun dah pun duduk dalam larutan fomalin tu.. Sejak UNIMAS dibuka lagi..
Okaylah.. thanks sebab sudi baca blog Dayah ni.. Kalau sudi nanti datang la lagi.. Hehehe
No comments:
Post a Comment