Instagram

Friday, December 13, 2013

Khasiat Beras Perang

Assalamualaikum..
Kalau tengok tajuk macam bosan je kan?
Haha
Tapi, pada Dayah la kan, benda ni menarik la..
Sebabnya hari tu, waktu cuti Dayah ada terbaca satu artikel dalam Harian Metro tentang beras perang ni..
Baru hari ni, Dayah teringat tentang tu, so, Dayah nak share secara ringkas je, tentang benda ni..
Mungkin ramai yang dah kenal dan tahu macam mana rupa beras perang kan? 
Tapi, korang tahu tak khasiat dia?? Tahu tak? Tahu tak?
Meh Dayah cerita sikit apa yang Dayah dah baca..

 Beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita makan tau.
Beras perang ni rupanya beras yang tak diproses lagi, manakala beras putih pulak yang dah diproses dan dibuang kulitnya. Bahagian yang dibuang tu yang sebenarnya ada banyak sangat khasiat.. 
Selain itu, makan beras perang ni cepat kenyang tau dan makan sikit je dah cukup..
Beras perang ni banyak digunakan oleh penghidap penyakit kencing manis..
Sebabnya beras perang ni boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah..
Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus. 
Untuk menjaga kesihatan, kita boleh amalkan mencampurkan beras perang dengan beras putih..
Dan.... beras perang sangat sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan tau..

Okaylah, itu saja yang Dayah dapat ceritakan hasil daripada pembacaan sendiri..
Dayah harap entri ini bermanfaat kepada semua.. 
:)

No comments:

Post a Comment