Dah lama rasanya Dayah tak bercerita kan?? Maklum saja la.. Sibuk.. Masa Dayah dekat sini agak pack la.. Erm.. Isnin ni dah nak exam.. Rasa macam masa tu berlalu dengan sangat pantas je.. Tak sabar nak balik rumah.. 3/8 ni Dayah terbang la naik belon dari Kuching ke KLIA.. Oh ya, untuk yang tak tahu tu, belon tu sebenarnya kapal terbang.. Orang Sarawak panggil belon.. Walaupun dah lama gak duduk Sarawak ni, Dayah masih tak boleh bercakap guna bahasa Melayu Sarawak la sebab Dayah kurang bergaul dengan orang Sarawak.. Dayah kawan dengan orang Johor.. Roomate pun orang Johor.. Dayah banyak kawan dengan orang Semenanjung je.. Hahaha Orang datang Sarawak belajar cakap Sarawak, Dayah pulak belajar cakap macam Johorean..
Oh ya.. Semalam Dayah dengan roomate Dayah berbuka di Pusat Islam.. Kitorang join Majlis Berbuka Puasa Perdana.. Best jugak la sebab dapat makan free.. Hehe Kami solat terawih di situ je la.. Lepas solat terawih ada ceramah.. Tau tak penceramah tu rupanya orang utara la.. Malam lepas ceramah tu ada makan-makan lagi.. Tapi dayah dah kenyang sangat waktu tu.. So, Dayah minum air je la.. Dayah ingatkan ramai yang datang tapi rupanya sikit je.. Semalam ramai yang tak sempat nak siap sebab Lab session habis lambat.. Kesian diorang tak dapat ikut.. Dayah pun ada Lab juga petang tu, tapi lepas lab terus Dayah solat, mandi dan bersiap secepat mungkin.. Nasib baik sempat.. Fuh..
Nie Dayah sertakan gambar masa di Pusat Islam..
Dayah n Fiqa (roomate) Nampak tak kelesuan wajah kami sebelum berbuka?? |
Gambar nie Dayah dengan Fiqa, Muni dan kawan Muni.. Dah kenyang.. |
Okay lah.. Tu je la nak cerita.. Assalamualaikum..
COMELLL..=D
ReplyDeletehaha. thanks..
DeleteEceh .kameq pun tak sbar nk balik raya!
ReplyDeletesik sabar kan mau balit raya.. haha.. nait belon.. lol kitak klaka srwak sik betul..
Deleteyela kameq sik pandai klaka srwk lagi. tak cm kitak..hha
Deletewah sama dengan adik fiqa la..
ReplyDeletepapepun allthe best ye dear :)
haha. same dgn fiqa.. dia roomate dayah.. hehe
Delete