Instagram

Tuesday, September 16, 2014

Ego? Mulut laser? Eh?

Assalamualaikum..
tetibe tak tahu nak taip ape. Bila dah lama tak menaip ni rasa awkward pulak..
Ha.. tengok tajuk tu mesti dah dapat gambaran apa ceritanya kan?
Kalau masih blur blur boleh teruskan membaca. :)
Ni pun Dayah taip berdasarkan pengalaman je tapi rasanya tak perlulah nak cerita secara mendalam kan? Takut nanti jadi mengumpat pulak. Biar kita ambil iktibarnya saja.
Siapa? Di mana? Apa ceritanya?
Biarlah rahsia...



Kadang-kadang manusia punya ego yang tinggi melangit. Contohnya, bila sudah terang lagi bersuluh dia yang salah, tapi disebabkan orang yang menegur tu sebaya je dengan dia, dia terus melenting. Bukannya nak makan nasihat.. Sudah menjadi kebiasaan kan orang lebih kisah siapa yang berkata dan bukannya apa yang dikatanya.



Kasar. Kekasaran pun satu kelemahan. Disebabkan kekasaran boleh terjadi pergaduhan.
Kekasaran bukan sahaja dalam bentuk fizikal seperti bertumbuk tetapi juga termasuk kekasaran bahasa.
Selalunya orang yang boleh dianggap berbahasa kasar kita panggil 'Si Mulut Laser'.
Kalau lelaki selalu bergaduh fizikal tapi kalau perempuan selalu bergaduh mulut.
Jadinya, perempuanlah yang selalu dapat gelaran mulut laser ni.
Si mulut laser ni selalu bercakap ikut sedap mulut dia je dan kadang-kadang sengaja je dia cakap kuat-kuat nak bagi orang dengar. Kalau dah macam tu, mesti la niatnya nak bagi orang yang mendengar tu sakit hati.

Akhir sekali, untuk orang yang mendengar tu, abaikan je apa yang si dia tu kata. Anggap je la macam dia tu sedang bercakap sorang-sorang ataupun sedang berlatih drama ke apa ke. Selain itu, sentiasa tunjukkan yang kita yang mendengar ni tak sedikit pun termakan dengan kata-kata dia tu. Caranya, tunjukkan yang kita tengah happy dan teruskan tersenyum. Hal ini kerana bila orang yang berniat nak buat kita sakit hati tu tengok kita happy je, mesti dia akan rasa macam dia dah kalah. 
Hahaha
Secara automatiknya, kita menang.
:):):):)

3 comments:


  1. berubah untuk kebaikan...kalau dia nak menangbagi je lah...tak tugi ponnnn kann

    ReplyDelete
  2. kenapa aku baru perasan ek post ni? hha XD

    ReplyDelete