Instagram

Monday, June 16, 2014

KUCING GILA MEROYAN


Assalamualaikum..
Hi readers..

Lama Dayah menghilangkan diri dari blog ni..Sekarang ni Dayah tengah cuti.. Cuti yang panjang selepas habis Asasi..

Okay, untuk entry kali ini  sudah terang lagi bersuluh yang Dayah nak cerita sikit tentang kucing gila meroyan. Korang mesti pernah dengar kan perkataan “MEROYAN” ? Mungkin ada yang tak pernah dengar.Selalunya perkataan ni dikaitkan dengan orang lepas bersalin. Meroyan ni rasanya perkataan kampung yang tak ada dalam kamus dewan.. Dengan kata lain, bahasa pasar. Tapi, Dayah tak pasti ada ke tak dalam kamus, nanti korang cari je lah sendiri eh?

Berdasarkan apa yang Dayah tahu, gila meroyan ni selalunya terjadi bila seseorang perempuan tu bersalin dan kehilangan anak dia. Kehilangan ni tak semestinya anak dia mati je tau. Contoh kehilangan lain adalah seperti ada orang larikan anak dia ke, sorokkan anak dia ke, danmacam-macam lagi kehilangan. Seseorang perempuan tu boleh jadi gila bila anaknya dilarikan.

Dulunya, Dayah ingatkan gila meroyan boleh jadi dekat manusia je, tapi rupa-rupanya dekat haiwan pun boleh jadi juga.Baru-baru ini kucing jiran sebelah rumah Dayah macam dah beranak tapi anak dia tak ada la pulak..Kesan darah menitis di merata tempat.Perut dia pun dah kempis. Dayah yakin kucing tu dah keguguran.Kesiandia.. Lepas dia keguguran, dia mula ambil anak kucing lain dan dilarikannya. Lawak pun ada bila tengok anak kucing yang dah besar diambilnya dan dianggap anaknya pula.Bila orang ambil anak kucing yang dia curi tu daripada dia, dia mengiau bising lagak macam meminta anaknya sendiri..

Erm..itu je lah untuk topic entry kali ini.. Harap korang terhibur..:)

Se u..

2 comments:

  1. SALAM. DAYAH....SALAM KNL..SY FOLLWER 217 KAT SNI ^_^
    http://ssurianahyana.blogspot.com/

    ReplyDelete