Instagram

Saturday, August 31, 2013

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita

Assalamualaikum..  Sebenarnya,  kaum  hawa  macam  kami  ni  tak  ada  la  terlalu  mengharap  kepada  yang  hensem  dan  kacak  semata-mata.. Rupa  paras  bukan  faktor  utama  untuk  disukai  tau.  Walaupun  anda  merasa  diri  anda  sudah  tersangat  kacak(ditujukan kepada lelaki),  tapi  kalau  dah  perangai  teruk  dan  agama  pun  dibuat main-main, mesti  kaum  perempuan  tak  suka jugak.. So, jom  baca  seba  sedikit  tentang  ciri-ciri  lelaki  idaman  wanita ni.. 


Ciri-cirinya ialah:

1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.

2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.

3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.

4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.

5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.


sumber dari sini.

Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Wanita Itu

Assalamualaikum..
Pernah  tak  korang  meminati  seseorang  tapi  malu  sangat  nak  confess? Mesti  takut  kena  reject  kan? Erm.. kali  ni  Dayah  nak  share  serba  sedikit  tentang  tanda-tanda  si  dia  suka  kita. Kalau  korang  suka  someone  tu, mesti  korang  pun  akan  ada at least  satu  daripada  tanda-tanda  ni.. 

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.


sumber daripada sini.

Sunday, August 25, 2013

Lawak apakah ini?


Assalamualaikum.. Hahaa Dayah  ada  banyak  benda  nak cerita tapi malas  nak menaip..  tetibe  Dayah  jumpa  benda  alah  ni  dalam  Facebook..  Then, Dayah  pun  buat  keputusan  untuk mencopy dan paste benda ni.. Entah  kenapa  ayatku  hari  ini  terasa  agak  poyo.. Okay,  tolong  abaikan  apa  yang  Dayah  merapu meraban di atas..  ^.^

POLIS DAN PENJAHAT
Polis : jangan bergerak .kalau tak aku tembak.
penjahat : tembak guna pistol air ke pistol betul?
Polis : pistol betul.
penjahat : ok, tembak kat kepala ke kat perut?
Polis : kat perut
penjahat : sakit ke tak?
Polis : arhhh Sakit la
penjahat : sakit kejap ke lame?
Polis : lame la.
penjahat : sampai mati ke tak?
Polis : jalan je lah.
penjahat : jalan depan ke jalan ke belakang?
Polis : *tembak kepala sendiri 

Hahaha  lawak  kan? Erm.. kalau  tak  lawak  pun  ketawa  je  la k.. haha  kecik  hati  kite  tau  awak  tak  nak  ketawa..lol


KISAH  BAKAL  BAPA

"Al - Kisahnye...di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital semetara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. "saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah!awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua. "Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ketiga, "Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat, "Saya bekerja di Seven-eleven""

So, korang  rasa  berapa  orang  anak  ayah  yang  ke-4  tu? Haha  7 ke 11?  Wow.. Haha  just a  joke  okay.. Don't  be  too  serious.. 

Back To Basics Giveaway


    *KLIK BANNER*
Tarikh tutup: 12am  6/9/2013

Tag:
miza
zira aziz



Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz

Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz


*KLIK BANNER*

Jom join duo mega giveaway oleh Fiqa Nsz dan Adam Faiz!
Hadiah Gempak habis!
16 hadiah untuk dimenangi seperti hp case, kain pasang sutera vietnam, kemeja, produk kecantikan, koleksi baju, topup dan banyak lagi!

cepat-cepat join sebelum giveaway tamat 20 September 2013! KLIK SINI!

Friday, August 23, 2013

MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angah dan Ahkak Gojess kali ni telah bekerjasama untuk membuat MEGA GA.Kenapa mega ga?? Sebab hadiah yg sangat2 best!! :D





GIVEAWAY ni akan berjalan selama 2 minggu sahaja!! :D

Syarat-Syarat Menyertai GIVEAWAY ini ialah:

  1. FOLLOW Blog penganjur AHKAKGOJES & DJHAdd To Circle Google +Mohamad Khairil  dan Like DiariJejakaHangat.
  2. Wajib LIKE.FOLLOW blog sponsor2 berikut.
  3. Buat entri bertajuk MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini. *WAJIB
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual

BLOG PENGANJUR*WAJIB
 |AHKAKGOJES | DJH |

BLOG SPONSOR*WAJIB

 Add To Circle Google Kathy Rbain

LIKE FANPAGE SPONSOR*WAJIB


FOLLOW TWITTER *WAJIB

SILA KLIK UTK LIHAT HADIAH

SENARAI PESERTA
Harap korang support GA Angah dengan Ahkak Gojes ni :D

Holiday Giveaway by Nurin Aireen

Dayah join... :)

Kalau teringin  nak  join  jugak, jangan segan-segan nak klik  banner  di  atas  ni.. 


Saturday, August 17, 2013

Biskut Chocolate Treasure Hunt (cornflake coklat susu)

Assalamualaikum.. Dayah  suka  makan  biskut ni.. Masa  hari  raya  hari  tu, Dayah  ada  jumpa  biskut  ni  di  rumah  Tok Su  Dayah..  Sedap  sangat  tau.. Lepas  tu, Dayah  cari  la  dekat  Google..   Biskut ni  senang  sangat  cara  pembuatannya.. So, Dayah  harap  resepi  ni  berguna  untuk  semua.. Lagipun  Dayah  masih  dalam  mood  raya  lagi.. Hehe


Bahan-bahan

Untuk base:

250gm butter
25 g susu powder
65 gm gula kastor
250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut
65 gm tepung jagung
50 gm koko


Untuk topping:

2 cwn c/flakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs.....
50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis

cooking chocolate untuk drizzle

Cara-cara

Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan segala jenis bahan kering tadi 
dan gaul hingga sebati dan dibulat-bulatkan dan ditekan dalam papercup.


Bakar:

Untuk topping, cairkan white chocolate (buat skit2 lerrrr) dgn menggunakan kaedah
double boiler... dah cair masukkan cornflakes, almond nibs, dan golden raisins tadi. 
gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan tadi... make sure jgn terlalu 
banyak cornflakes nanti tak lekat plak.

Biskut yang dah sejuk tadi disusun dalam talam dan masukkan topping ke atas biskut tu. 
pastu cairkan cooking cokelat dan masukkan dalam piping bag dan pipe secara drizzle
ke atas topping tadi... Biarkan topping nya kering dan simpan.

Sumber  daripada : sini..

Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih

Start 17 Ogos jam 12.00 PM - 23:59PM (12 jam sahaja)

Assalamualaikum.. Herm.. Rasa  macam dah lama  dayah  tak  join  segmen  kan? Haha  Okaylah  Dayah  nak  join  segmen  nie.. Simple  je.. Kalau  nak  join  jugak  cepat la klik banner nie.. 12  jam je nie.. 


15 CIRI-CIRI ORANG SYIAH

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya. 
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Diterjemahkan dari sumber lppimakassar
Sumber daripada: http://www.myberita.net/

Saturday, August 3, 2013

Yeay.. Balik Kampung..

Assalamualaikum..
Kitak apa khabar? 
Boring kamek di sitok..  Flight kamek malam tok.. Petang tok cousin kamek datang ambik kamek ke airport.. Sik sabarnya... Nya ajak sungkey di rumahnya lok..  Rindu gilak kamek sama ibu kamek di sinun.. Roomate kamek sudah gi airport tek.. Tedah kamek kan? 

Dayah  klaka(cakap) sarawak  sebenarnya.. Baru  tahu  sikit-sikit  je..  Erm.. Malam  ni  Dayah  terbang  la  ke  KLIA..  Besoknya  baru  ambik  bas  ke  Kulim.. Rindunya  dengan  Kulim..  Ibu  dah  mula  buat  kuih  raya  dah.. Baju  raya  tak  beli  lagi.. Haish.. Tahun  ni  raya  mungkin  tak  meriah  sangat  kot.. 


Dayah  cuti  sampai  18 hari  bulan  tapi  Dayah  balik  UNIMAS  16  hari  bulan.. Dah  tiket  murah..  Huhu  Nanti  balik   Dayah  nak  buat  aiskrim, pudding roti.. Sukanya.. Dah  lama  tak  makan  puding  roti.. Dayah  nak  makan  macam-macam..  Hahaha  Gemuk  la  nanti.. Gemuk  pun  gemuk  la.. Janji  hati  senang.. Betul  tak? Haha.  
Entah  apa  la  yang  Dayah  merepek  ni? Mesti  korang  rasa  boring  gila  baca  entry  yang  tak  ada  point  ni.. Sorry  la  ye..  Excited   sangat  dah  ni.. 

Selamat  tinggal  Unimas..
Selamat  tinggal  Sarawak..
Selamat  tinggal  dunia..
Eh? bukan.. bukan.. Bukan  dunia..  Hidup  masih  panjang  lagi.. 
Don't  miss  me  ye  Sarawak.. * bajet  macam  ade  je  orang  yang  nak  rindu  kat  dia..
Biasa  la  tu.. Orang  tak  femes.. Cantik  pun  tak  sangat.. Tapi  cantik  la  jugak..Plus  comel sikit.. Hehehe  tetibe  perasan  pulak..  Siapa  la  yang  nak kan.. Nak  kata  baik  budi  pekerti, baik  sikit  je.. Macam  nothing  special  je kan?  Tapi  alhamdulillah  la.. Cukup  kaki   tangan..  Ciptaan  Allah  semua  indah-indah  belaka..


Peace..
    Comel ke  tuan belog  nie?
Hehe okaylah yang  atas  tu  gambar  waktu  shopping  kek lapis  sarawak..  Nampak tak  yang  dalam plastik  tu? 


K. assalamualaikum.. jumpa lagi..