Kali nie Dayah nak konsi dengan korang sedikit tips yang berguna..
Cara nak lebatkan rambut
selepas membersihkan rambut, korang boleh bilas rambut dengan teh pahit yang telah ditapis. Seterusnya, keringkan rambut dengan tuala bersih..
Amalan ini haruslah dijadikan rutin harian.. Insyaallah.. Dalam masa beberapa bulan rambut akan kelihatan lebat dan hitam..
Cara naikkan seri muka
Untuk pengetahuan kawan2 semua, air beras boleh naikkan seri wajah tau!
Kita boleh mengambil air beras basuhan yang ketiga untuk basuh muka.. Selepas 10 minit barulah kita bilas dengan air bersih.. Lakukan sekerap mungkin untuk hasil yang diingini..
Cara nie juga boleh rawat masalah jerawat dan parut jerawat..
Dayah tak amalkan pun sebab asyik lupa nak simpan air beras.. Tapi dayah dah tengok hasilnya sebab ada sorang hamba Allah nie dah amalkan.. Dulu muka dia berjerawat tapi sekarang dah licin.. Siapa dia?? Biarlah rahsia.. hehehe
Cara nak hilangkan sembab di muka
Dayah sedang amalkan cara nie..Almaklum la muka dah tembam.. Kita kena amalkan mengurut muka sebelum tidur dan semasa baru bangun tidur.. Selain itu, kita boleh amalkan mengunyah chewing gum selalu.. Dayah selalu sedia chewing gum tapi tak makan pun...hehehe Dayah dapat info daripada hasil pembacaan...
Ok lah. That's all. Dayah harap info yang dikongsikan ini berguna untuk kalian yang membaca post ini..
No comments:
Post a Comment