Instagram

Tuesday, March 12, 2013

Bersyukur......sangat. Alhamdulillah

Assalamualaikum..
hai..


Post kali nie tentang bersyukur. Sebenarnya tadi waktu di kedai(tempat kerja), datang seorang mak cik nie.. Ada orang tolong pegang tangan dia waktu dia masuk kedai.. Mungkin jiran dia la kot.. Tetiba dia berdiri depan kaunter. Dia tanya, "adik, pen yang tak leh keluaq ada?, roti empat segi hat tawaq ada? roti merie ada?" semua jawapan yang dibalas adalah "ada" tapi roti merie dibalas "tak ada". Dayah boleh cerita sikit je la.. yang lain tak penting.. Tetiba dia suruh kami(pekerja kedai) ambik untuk dia tapi dia hanya berdiri di depan kaunter.. Dayah rasa pelik la jugak.. kenapa dengan mak cik nie?? Kenapa tak pergi sendiri?? Tapi Dayah pergi ambik jugak barang-barang yang dia nak.. Waktu dayah sampai di kaunter, dia macam tengah tengok barang yang ada dekat kaunter. Kejap mata hitam dia ke kiri dan kejap ke kanan.. Lepas lama dayah perhati dia baru dayah sedar sesuatu.. Dia tak nampak a.k.a. buta.. Kesian kat dia.. dia ada pasang bateri di lengan kiri.. Dia sakit buah pinggang.. Dah tujuh tahun dia pakai dia bateri tu.. Mesti korang pelik kan?? Macam mana dayah boleh tahu macam-macam sangat nie?? Dayah nie reka cerita ke?? Tak... Dayah tak tipu.. Mak cik tu yang cerita sendiri kat maksu(orang yang jaga kaunter waktu tu..)
Waktu tu dayah rasa bersyukur sangat sebab Allah masih pinjamkan nikmat untuk melihat.. Alhamdulillah..
Waktu tu jugak dayah rasa bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik.. Alhamdulillah..
Kesimpulannya, kita harus bersyukur kepada Allah sebab masih memberi kita peluang untuk menikmati hidup.. Bayangkan kalau kita buta, hidup kita dalam gelap je.. Oleh itu, kita mestilah bersyukur sebab diberi kesihatan yang baik dan anggota badan yang lengkap dan masih berfungsi.. Walaupun kita rasa kita nie tak cantik, tapi sebenarnya kita cantik.. Manusia sudah dikira cantik jika sempurna anggota tubuh badan. Seseorang itu akan menjadi cantik di mata manusia dan Allah jika akhlaknya cantik dan imannya cantik.. so.. berbahagialah dan bersyukurlah ye.. :)


                                                          

No comments:

Post a Comment