Instagram

Thursday, April 14, 2016

My Summer Camp Story 2016 - Day 2 | PRIMU UNIMAS

Assalamualaikum and hi.
Okay, this is the second chapter of the Summer Camp story.

Awal-awal pagi lepas solat Subuh, kami berkumpul di dewan dan ada sesi panaskan badan dengan berzumba. Masa ni, Dayah langsung tak berpeluh mungkin sebab tak buat betul-betul kut. 
zumba session
Untuk sesi pagi kami ada aktiviti indoor "Dream Castle". Kami kena buat presentation untuk mendapatkan dana yang sebanyak 2.6 juta untuk membina istana ni. Kumpulan Dayah buat piramid. Mula-mula tu saja cadangkan piramid sebab malas nak fikir design dan struktur piramid sangat kukuh sebab dia ada tapak yang luas. Dah rasa macam buat presentation dalam kelas je. Hahaha. 

Selepas itu, ada aktiviti yang kena buat map sendiri dengan menggunakan petak yang disediakan. Syaratnya kena letak sepuluh halangan dalam peta tu. Kumpulan Dayah guna tali, kayu, tape, kerusi, tayar, kasut, daun kering, gunting, besi dan batu. Lepas tu, peta yang kita buat tu kena dilalui oleh ahli kumpulan lain. Kumpulan yang pertama yang peta mereka berjaya dilalui oleh orang tu kena denda masuk lumpur. Orang yang masuk dalam peta tu, mata dia kena tutup dan dia bergerak berdasarkan arahan je. Kami yang pemilik peta ni pulak kena jadi penggangu supaya si dia yang kena jalan dalam peta tu terganggu dan tak dapat fokus dengan arahan sebenar. 


our very own map

groupmate with our fasi

peace

Group yang kena denda masuk lumpur skali 2 orang my groupmate volunteer

Lepas solat Zohor, kami ada aktiviti rintangan berhalangan. Semasa halangan yang panjat tembok tu, Dayah terjun dari tembok dan jatuh terduduk. Sakit dia terasa sampai ke dada, bahu sampaila ke leher. Masa yang part monkey bar tu pon macam lawak je. Hahaha Walaupun kaki Dayah dah ditampung dua orang groupmate, tapi masih rasa badan ni berat je. Lepas tu masa sampai dekat rintangan yang macam orang main lompat pagar tu, ada yang kena langkah dan ada jugak yang kena merangkak. Lepas tu siap dimandikan lagi. Part yang paling tak berkenan ialah masa kena mengesot masuk bawah dawai tu. Dah macam kolam lumpur dah kat situ. Kiranya kami ni mandi lumpur la. Ada kumpulan yang kena ulang part ni sebab tiang amanah diorang terkena dawai ataupun terkena tanah. Nasib baik group Dayah masa first trial dah okay.
tiang amanah


lepas masuk lumpur

lepas masuk lumpur
Seterusnya, ada aktiviti water confidence. Masa ni yang rasa macam nak tidur je. Hehe sebab boleh baring dalam air. Lepas tu, terus ada kayak. Kayak ni best sangat walaupun lenguh habis tangan malam tu. hahaha Best gila kayak di kawasan ada ombak. Rasa lagi mencabar. 

kayak




mata I nampak sebelah je. hahaha
Aktiviti malam ni agak santai dan best jugak. Slot malam ni ialah " You think you can act" dan BBQ.
Masa fasi tengah sibuk memasah ayam, kami diberi task untuk berlakon dengan tema romantik komedi. My group dapat tajuk "Cerai talak tiga". Group Dayah punya watak utama guna dialek Kelantan dan Terengganu rasanya. For me, Dayah rasa lakonan diorang best dan lawak. Hahaha
Lepas aktiviti lakonan tu, baru ada makan-makan BBQ. 

Malam kedua ni, Dayah dengan Fiqa tidur dalam khemah sebab dah ada tempat nak tidur. Sebelum ni kan basah. 

Okay, that's it for second day.
Next entry will be the last day. 
Thanks for reading.



2 comments: