Instagram

Tuesday, April 29, 2014

Exam and Home and Whatever

Assalamualaikum..
Hi..
Rasa macam dah lama Dayah tak update.. 
Biasalah.. sibuk..
Sekarang ni Dayah dalam mood exam.. Exam baru mula 28/4 semalam la tu..


Minggu exam ni mula la jerawat nak meluaskan kuasanya dekat muka kite ni.. Hadoiiii
Minggu lepas masa study week boleh pulak demam.. Hahaha Bila cerita dekat ibu, ibu cakap demam sebab diet ekstrem sangat. Betul ke diet ekstrem boleh demam? Aneh.
Tapi macam betul je teori tu sebab bila Dayah dah start makan nasi balik dan mula ambil makanan manis, badan terus beransur sihat.. Hari ini, alhamdulillah boleh jawab exam dalam keadaan sihat..
I feel like dying while studying.. Haha Semalam exam Maths okaylah boleh jawab.. Hari ini, English dengan IT pulak.. Petang ini IT.. Dah tak ada mood dah pun nak baca nota..
Besok exam Chemistry and I haven't finished studying yet.. Arghhh
Hari Jumaat baru ada exam Bio.. Subjek yang paling banyak tak study lagi.. Ottoke??


Whatever it is, 5 May I'm coming home.... yeayyy
Hehe Ibu.. wait for me.. ;D



Sunday, March 30, 2014

Harapan


Hope.
Harapan..
Jangan sesekali kita putus harapan..
Ya.. Dayah dulu pernah juga rasa macam dah putus harapan..
Rasa macam nak berhenti je asasi..
Tapi bila fikir balik , ayah dan ibu dah banyak habis duit masa Dayah nak masuk UNIMAS ni,
Ayah dah letak harapan yang tinggi dekat anak sulung dia.
Tak sanggup pula nak kecewakan diorang..
Dan lagi.. tak nak orang pandang rendah kat Dayah..
Semua jiran-jiran dah tahu, saudara mara pun tahu,
Jatuh la maruah Dayah kalau tiba-tiba berhenti separuh jalan..
So, sebab tu la Dayah masih dapat bertahan sampai sekarang duduk di Asasi UNIMAS ni..
Walaupun jauh daripada keluarga, tapi Dayah anggap je ini sebagai cabaran..


Okey berbalik kepada topik harapan tadi, Dayah pernah hampir nak putus harapan sebab keputusan midsem sem satu dulu teruk.. Dayah rasa macam tak ada harapan nak sambung course sains.. Dulu, dalam fikiran Dayah kalau sambung course selain sains, tak ada kelas la, tak boleh menjamin masa depan la dan macam-macam lagi.. Tapi sekarang ni, Dayah dah tak fikir macam tu dah..  Sekarang Dayah rasa course apa tak penting tapi yang penting kita minat dan sanggup untuk berusaha.. Walaupun bukan course Sains, tapi rasanya kalau buat betul-betul mesti akan ada masa depan yang cerah juga.. So, Dayah dah ada alternatif lain selain course sains.. Dayah rasa kalau sambung Akaun pun okey jugak sebab dulu Dayah rasa enjoy je buat akaun walaupun ramai yang kata susah.. Yang penting kita minat kan.. 
Kesimpulannya, course apa tak penting tapi yang paling penting jangan sesekali putus harapan dan putus usaha.. Itu je..