Assalamualaikum..
Kenapa eh saya jadi blogger?? Saya sendiri tak pasti..
Sebenarnya dulu saya buat blog ini hanya untuk suka-suka je.. Hanya ikut kawan je..
Blog ni dah dibuat lama dah tapi baru sekarang nak cuba aktif berblogging ni.. Mula-mula tu macam tak ada tujuan aje buat blog ni.. Awal-awal tu, saya nak buat blog ni untuk share tentang kesihatan tapi last-last jadi diari.. Hehehe Seronok juga blogging ni.. Dulu Dayah suka tulis diari tau.. Dayah suka diari yang jenis berkunci.. Nampak kebudak-budakan di situ.. :) Dayah punya diari-diari dulu semua jenis berkunci tau. Ada yang kunci mangga, dan ada yang jenis kunci guna kod nombor.. Bila baca balik diari lama, macam lawak je, macam lawak je, haha tersenyum sorang-sorang Dayah baca.. Tapi tu dulu, sekarang ni, Dayah dah malas nak tulis diari dah.. Sebab blogging ni macam tulis diari juga la kan?
Lagipun, banyak segmen yang boleh Dayah join.. Untung-untung menang hadiah.. Hehe
Setakat ni memang tak banyak menang pun sebab baru je nak berjinak-jinak dengan segmen dan giveaway semua tu.. Setakat ni, Dayah baru menang sikit je Giveaway tapi rasa seronok sangat dah..
Erm.. Dayah taip setakat ini jelah.. Ok. Tata
Assalamualaikum.. :)

