In this post I'll share about my Day 3 on Summer Camp. Haha I guess cerita ni dah basi sebab lambat sangat nak update. I'm updating my blog based on my mood and the free time that I got. Sebenarnya lepas habis je cuti sem haritu banyak kerja yang nak disiapkan dan ada exam lagi.. Mood nak menaip entry pun tak ada sebenarnya sebab tu lambat.. Hehehe
Actually, I'm about to forget the memory about the camp. However, I'll try to remember and write anything that I happen to remember.
Okay, let's start.
zumba
Pada hari ketiga tu lepas solat Subuh semua orang bersiap-siap dan pergi ke dewan. Aktiviti zumba diadakan untuk senaman pagi.
Selepas itu, semua orang menikmati sarapan pagi dan Dayah dah tak ingat kitorang makan apa masa tu. Hee
Aktiviti yang masih segar dalam kepala Dayah adalah Jungle trekking.
muka2 sebelum masuk hutan
Sebelum aktiviti ni, kami disuruh berlari dua pusingan mengelilingi kem.
there's me with the grey shirt. :P
Semasa baru nak bermula dengan aktiviti hari ni, kasut Dayah lekang completely. Tapak kasut tercabut terus.. Susah la jugak nak jalan dengan kasut macam tu tapi Dayah berjaya jugak habiskan jungle trekking. Dayah jalan dengan kasut yang uzur tu hampir satu pertiga perjalanan dan lepas tu ada groupmate dermakan tali dan ada la seorang Hamba Allah ni yang tolong ikatkan kasut Dayah. Thanks to that person, my life in the jungle become a bit easier. However, not long after that tali dah mula putus sebab Dayah kena menggelongsur curam. Then mula lah penderitaan berjalan dengan kasut yang tak bertapak.. Macam sedih dan macam lawak pon ada.. Hahaha tapi better lagi jalan macam tu daripada pakai selipar sebab selipar licin.
Jungle trekking ni boleh dikatakan mencabar la jugak sebab jalan tu baru nak dibuat masa hari yang kami masuk tu. Dengan kata lain jalan-jalan tu diwujudkan on the spot. Memang macam seram tapi seronok jugak. Pernah je Dayah hampir nak terjatuh. Pokok-pokok berduri pun banyak. Yang lagi menarik, Dayah jumpa sumpah-sumpah masa tu. Masa tu dia tengah menyamar. Warna badan dia sama dengan kayu tu sampaikan awal-awal tu tak perasan pun dia kat situ.
Selain itu, ada satu masa tu Dayah rasa macam ada benda yang merayap dalam baju. Ingatkan kumbang ke semut ke tapi bila Dayah pegang dari luar baju dan tarik dia keluar melalui lengan baju, terkejut gila. Labah-labah rupanya. Terus kena tepis haiwan tu. Nasib dia tak gigit. Dah la bukan labah-labah kurus yang selalu jumpa dalam rumah. Kaki dia gemuk dan berwarna coklat. Serius seram. Itu la binatang yang Dayah paling takut.
rest for a while
trekking
me with ulat sagu
Masa dalam hutan ni, kitorang jumpa ulat garam. Disebabkan ulat ni tak bahaya, Dayah pun pegang je la.
before enter jungle
before enter jungle
enjoying time with this ulat.
Kami jugak ada jalan laluan dalam sungai. Ini kali pertama Dayah join jungle trekking yang memang basah lencun. Hahaha
Sungai
Memang terpisah habis group Dayah masa aktiviti jalan dalam sungai ni. Masa dah keluar dari sungai Dayah jalan dengan kumpulan Fiqa je. Masa ni Dayah dah tukar pakai selipar sebab jalan atas batu sakit kalau pakai kasut tak bertapak tu.
Me and Fiqa's group
Lepas keluar dari hutan, semua orang bersiap-siap bersihkan diri dan ada yang buat persiapan untuk majlis penutupan. Ada jugak yang pergi buat aktiviti abseiling bagi yang tak buat masa hari pertama.
Lepas semua dah siap mandi, solat dan makan, kami pun turunkan khemah.
Last sekali, ada majlis penutupan dan lepas tu balik.
Okay, this is the second chapter of the Summer Camp story.
Awal-awal pagi lepas solat Subuh, kami berkumpul di dewan dan ada sesi panaskan badan dengan berzumba. Masa ni, Dayah langsung tak berpeluh mungkin sebab tak buat betul-betul kut.
zumba session
Untuk sesi pagi kami ada aktiviti indoor "Dream Castle". Kami kena buat presentation untuk mendapatkan dana yang sebanyak 2.6 juta untuk membina istana ni. Kumpulan Dayah buat piramid. Mula-mula tu saja cadangkan piramid sebab malas nak fikir design dan struktur piramid sangat kukuh sebab dia ada tapak yang luas. Dah rasa macam buat presentation dalam kelas je. Hahaha.
Selepas itu, ada aktiviti yang kena buat map sendiri dengan menggunakan petak yang disediakan. Syaratnya kena letak sepuluh halangan dalam peta tu. Kumpulan Dayah guna tali, kayu, tape, kerusi, tayar, kasut, daun kering, gunting, besi dan batu. Lepas tu, peta yang kita buat tu kena dilalui oleh ahli kumpulan lain. Kumpulan yang pertama yang peta mereka berjaya dilalui oleh orang tu kena denda masuk lumpur. Orang yang masuk dalam peta tu, mata dia kena tutup dan dia bergerak berdasarkan arahan je. Kami yang pemilik peta ni pulak kena jadi penggangu supaya si dia yang kena jalan dalam peta tu terganggu dan tak dapat fokus dengan arahan sebenar.
our very own map
groupmate with our fasi
peace
Group yang kena denda masuk lumpur skali 2 orang my groupmate volunteer
Lepas solat Zohor, kami ada aktiviti rintangan berhalangan. Semasa halangan yang panjat tembok tu, Dayah terjun dari tembok dan jatuh terduduk. Sakit dia terasa sampai ke dada, bahu sampaila ke leher. Masa yang part monkey bar tu pon macam lawak je. Hahaha Walaupun kaki Dayah dah ditampung dua orang groupmate, tapi masih rasa badan ni berat je. Lepas tu masa sampai dekat rintangan yang macam orang main lompat pagar tu, ada yang kena langkah dan ada jugak yang kena merangkak. Lepas tu siap dimandikan lagi. Part yang paling tak berkenan ialah masa kena mengesot masuk bawah dawai tu. Dah macam kolam lumpur dah kat situ. Kiranya kami ni mandi lumpur la. Ada kumpulan yang kena ulang part ni sebab tiang amanah diorang terkena dawai ataupun terkena tanah. Nasib baik group Dayah masa first trial dah okay.
tiang amanah
lepas masuk lumpur
lepas masuk lumpur
Seterusnya, ada aktiviti water confidence. Masa ni yang rasa macam nak tidur je. Hehe sebab boleh baring dalam air. Lepas tu, terus ada kayak. Kayak ni best sangat walaupun lenguh habis tangan malam tu. hahaha Best gila kayak di kawasan ada ombak. Rasa lagi mencabar.
kayak
mata I nampak sebelah je. hahaha
Aktiviti malam ni agak santai dan best jugak. Slot malam ni ialah " You think you can act" dan BBQ.
Masa fasi tengah sibuk memasah ayam, kami diberi task untuk berlakon dengan tema romantik komedi. My group dapat tajuk "Cerai talak tiga". Group Dayah punya watak utama guna dialek Kelantan dan Terengganu rasanya. For me, Dayah rasa lakonan diorang best dan lawak. Hahaha
Lepas aktiviti lakonan tu, baru ada makan-makan BBQ.
Malam kedua ni, Dayah dengan Fiqa tidur dalam khemah sebab dah ada tempat nak tidur. Sebelum ni kan basah.
Dayah dah semakin malas nak menaip sejak dua menjak ni. Tapi this experience memang kena cerita jugak. Well, this is not the first time I went to this kind of camp. First time Dayah pergi kem macam ni masa sekolah menengah dulu. Time sekolah rendah memang tak dapat la nak pergi aktiviti yang adventure dan bahaya ni sebab parents tak bagi. Huhuhu masa tu alasan ibu bagi "kakak tu dah la kecik, bahaya la aktiviti tu". My ibu cakap I kecik lagi sedangkan rasanya tak ada la kecik sangat rasanya badan ni. Hahaha. Okay back to the topic, let me story about this camp.
Waiting for the bus at BHEP
First day:
Kami tiba di Rock View Agrotek, Lundu lebih kurang pukul 10 lebih macam tu. Sampai-sampai je semua berkumpul di dewan untuk briefing session. Lepas tu, kami diberi kumpulan untuk khemah. Luckily, Dayah masih dapat satu khemah dengan Fiqa walaupun kitorang tak sama group untuk aktiviti-aktiviti lainnya. This is the first time Dayah pasang khemah. Before this, selalu tengok je my dad pasang khemah masa kitorang pergi berkelah.
Briefing session
Briefing session
Memasang khemah
Selepas itu, ada sesi ice breaking untuk mencari ahli kumpulan sendiri. Cara pembahagian kumpulan tu unik sangat. Instead of just calling the lists of names, they give us a hint for each of us and we have to know the answer in order to find our group member. Seriously, this is fun because when I get to find the other member, I was very excited. My group got Misbun Sidek. Hahahah It's like I'd solve a mystery. LOL
Untuk first day ni, banyak indoor activity jer. Kitorang kena create cheers and our own bendera. Lepas tu, kami kena tulis surat untuk our fake crush. Dayah dapat perempuan, so, memang tak ada idea nak tulis apa. Tapi this girl kind of friendly. I'd talked to the a few times and she don't even know that the letter she got was actually from me. Hahaha One of the indoor game is aktiviti yang ikat belon di kaki dan pijak belon group lain. Dalam video montaj ada part Dayah main.
My group members- creating logo untuk bendera
Petang tu, ada aktiviti abseiling. Best sangat sangat sangat. Dayah offer nak jadi first person from our group. Hahaha
Time dah start nervous
Kind of excited
yeay dah nak turun
Malam tu, ada aktiviti debat. Dayah fight untuk usulkan tajuk je. Lepas tu, siapa yang dah bercakap masa nak propose tajuk tu dah tak boleh bercakap dah masa debat tu. Tajuk yang group Dayah usulkan adalah "Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) seharusnya ditukar ke Baucar Pelajar 1 Malaysia (BP1M)" yang penggunaannya lebih luas. Masa sesi debat tu Dayah tengok je la dan dengar. Hangat jugak la topik yang terpilih tu.
Aktiviti terakhir untuk hari ini ialah activiti Night Owl. Dalam aktiviti ni, kami kena berjalan sambil menutup mata dan pegang tangan ahli kumpulan sehingga membentuk rantaian. Masa mula-mula tu masih jalan dalam kumpulan tapi last-last kitorang dipisahkan. Dayah kena pindah ke tiga tempat kot. Masa mula-mula rasanya kena pindah dekat-dekat dengan kawasan estuary tu sebab ada dengar bunyi macam-macam binatang. But seriously, I'm not afraid at all. Rasa tenang dengan mengantuk je masa tu.
Lepas tu, fasi ada kacau guna rumput-rumput rasanya tapi benda tu tak menggelikan pon pada Dayah. Ada yang sebut ada lintah la, katak besar lah, tapi masih jugak tak goyah. What I'm thinking at that time is "ala.. kalau betul ada mesti diorang pun tak berani..Lagipun aku aquatic student memang takdanya nak geli dengan haiwan-haiwan ni." Lepas diorang pindahkan Dayah kat mana entah tapi rasanya tempat tu macam tangga je dan ada sorang lagi kat situ sebab Dayah boleh bau minyak wangi dia. The scent of that person perfume is kind of familiar but still I don't know who.
Masa dia nak pindahkan ke tempat kedua tu, kaki Dayah terlanggar macam tembok simen ke apa entah and rupa-rupanya kaki Dayah luka plus lebam lepas tu.. Last place is dalam surau. I know it is surau because of the tile. Haha Rasanya ada dalam beberapa orang yang kena sorok dalam surau tu tapi semua diam je. Ada yang tidur rasanya sebab bunyi macam berdengkur je. LOL
Untuk first day, Fiqa dengan Dayah tak tidur dalam khemah sebab separuh dari khemah kitorang basah. So, dua orang je la yng tido khemah. Dayah tido di surau. Sejuk gila kot.. Dayah tidur pakai full set telekung sebab tak bawak selimut. Dayah tido dalam sejam lebih je.
Okaylah, itu saja untuk hari pertama. I'll share about the second and last day on my next entry. So, wait okay.
Thanks for reading.
Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
tetibe tak tahu nak taip ape. Bila dah lama tak menaip ni rasa awkward pulak..
Ha.. tengok tajuk tu mesti dah dapat gambaran apa ceritanya kan?
Kalau masih blur blur boleh teruskan membaca. :)
Ni pun Dayah taip berdasarkan pengalaman je tapi rasanya tak perlulah nak cerita secara mendalam kan? Takut nanti jadi mengumpat pulak. Biar kita ambil iktibarnya saja.
Siapa? Di mana? Apa ceritanya?
Biarlah rahsia...
Kadang-kadang manusia punya ego yang tinggi melangit. Contohnya, bila sudah terang lagi bersuluh dia yang salah, tapi disebabkan orang yang menegur tu sebaya je dengan dia, dia terus melenting. Bukannya nak makan nasihat.. Sudah menjadi kebiasaan kan orang lebih kisah siapa yang berkata dan bukannya apa yang dikatanya.
Kasar. Kekasaran pun satu kelemahan. Disebabkan kekasaran boleh terjadi pergaduhan.
Kekasaran bukan sahaja dalam bentuk fizikal seperti bertumbuk tetapi juga termasuk kekasaran bahasa.
Selalunya orang yang boleh dianggap berbahasa kasar kita panggil 'Si Mulut Laser'.
Kalau lelaki selalu bergaduh fizikal tapi kalau perempuan selalu bergaduh mulut.
Jadinya, perempuanlah yang selalu dapat gelaran mulut laser ni.
Si mulut laser ni selalu bercakap ikut sedap mulut dia je dan kadang-kadang sengaja je dia cakap kuat-kuat nak bagi orang dengar. Kalau dah macam tu, mesti la niatnya nak bagi orang yang mendengar tu sakit hati.
Akhir sekali, untuk orang yang mendengar tu, abaikan je apa yang si dia tu kata. Anggap je la macam dia tu sedang bercakap sorang-sorang ataupun sedang berlatih drama ke apa ke. Selain itu, sentiasa tunjukkan yang kita yang mendengar ni tak sedikit pun termakan dengan kata-kata dia tu. Caranya, tunjukkan yang kita tengah happy dan teruskan tersenyum. Hal ini kerana bila orang yang berniat nak buat kita sakit hati tu tengok kita happy je, mesti dia akan rasa macam dia dah kalah.
Lama Dayah menghilangkan diri dari blog
ni..Sekarang ni Dayah tengah cuti.. Cuti yang panjang selepas habis Asasi..
Okay, untuk entry kali
ini sudah terang lagi bersuluh yang Dayah nak cerita sikit tentang kucing gila meroyan.
Korang mesti pernah dengar kan perkataan “MEROYAN” ? Mungkin ada yang
tak pernah dengar.Selalunya perkataan ni dikaitkan dengan orang lepas bersalin. Meroyan ni rasanya perkataan kampung
yang tak ada dalam kamus dewan.. Dengan kata lain, bahasa pasar. Tapi,
Dayah tak pasti ada ke tak dalam kamus, nanti korang cari je lah sendiri eh?
Berdasarkan apa yang Dayah tahu,
gila meroyan ni selalunya terjadi bila seseorang perempuan tu bersalin dan kehilangan anak
dia. Kehilangan ni tak semestinya anak dia mati je tau.
Contoh kehilangan lain adalah seperti ada orang larikan anak dia ke, sorokkan anak dia ke,
danmacam-macam lagi kehilangan.
Seseorang perempuan tu boleh jadi gila bila anaknya dilarikan.
Dulunya,
Dayah ingatkan gila meroyan boleh jadi dekat manusia je, tapi rupa-rupanya dekat haiwan
pun boleh jadi juga.Baru-baru ini kucing jiran sebelah rumah Dayah macam dah
beranak tapi anak dia tak ada la pulak..Kesan darah menitis di merata tempat.Perut dia
pun dah kempis. Dayah yakin kucing tu dah keguguran.Kesiandia.. Lepas dia keguguran,
dia mula ambil anak kucing lain dan dilarikannya. Lawak pun ada bila tengok anak kucing
yang dah besar diambilnya dan dianggap anaknya pula.Bila orang ambil anak kucing yang
dia curi tu daripada dia, dia mengiau bising lagak macam meminta anaknya sendiri..
Erm..itu je lah untuk topic entry kali
ini.. Harap korang terhibur..:)
Sekarang ni Dayah dalam mood exam.. Exam baru mula 28/4 semalam la tu..
Minggu exam ni mula la jerawat nak meluaskan kuasanya dekat muka kite ni.. Hadoiiii
Minggu lepas masa study week boleh pulak demam.. Hahaha Bila cerita dekat ibu, ibu cakap demam sebab diet ekstrem sangat. Betul ke diet ekstrem boleh demam? Aneh.
Tapi macam betul je teori tu sebab bila Dayah dah start makan nasi balik dan mula ambil makanan manis, badan terus beransur sihat.. Hari ini, alhamdulillah boleh jawab exam dalam keadaan sihat..
I feel like dying while studying.. Haha Semalam exam Maths okaylah boleh jawab.. Hari ini, English dengan IT pulak.. Petang ini IT.. Dah tak ada mood dah pun nak baca nota..
Besok exam Chemistry and I haven't finished studying yet.. Arghhh
Hari Jumaat baru ada exam Bio.. Subjek yang paling banyak tak study lagi.. Ottoke??