Instagram

Monday, May 9, 2016

My Summer Camp Story 2016 - Day 3 | PRIMU UNIMAS


Assalamualaikum and Hi..

In this post I'll share about my Day 3 on Summer Camp. Haha I guess cerita ni dah basi sebab lambat sangat nak update. I'm updating my blog based on my mood and the free time that I got. Sebenarnya lepas habis je cuti sem haritu banyak kerja yang nak disiapkan dan ada exam lagi.. Mood nak menaip entry pun tak ada sebenarnya sebab tu lambat.. Hehehe

Actually, I'm about to forget the memory about the camp. However, I'll try to remember and write anything that I happen to remember.

Okay, let's start.
zumba 
Pada hari ketiga tu lepas solat Subuh semua orang bersiap-siap dan pergi ke dewan. Aktiviti zumba diadakan untuk senaman pagi. 
Selepas itu, semua orang menikmati sarapan pagi dan Dayah dah tak ingat kitorang makan apa masa tu. Hee
Aktiviti yang masih segar dalam kepala Dayah adalah Jungle trekking. 
muka2 sebelum masuk hutan
Sebelum aktiviti ni, kami disuruh berlari dua pusingan mengelilingi kem.
there's me with the grey shirt. :P

Semasa baru nak bermula dengan aktiviti hari ni, kasut Dayah lekang completely. Tapak kasut tercabut terus.. Susah la jugak nak jalan dengan kasut macam tu tapi Dayah berjaya jugak habiskan jungle trekking. Dayah jalan dengan kasut yang uzur tu hampir satu pertiga perjalanan dan lepas tu ada groupmate dermakan tali dan ada la seorang Hamba Allah ni yang tolong ikatkan kasut Dayah. Thanks to that person, my life in the jungle become a bit easier. However, not long after that tali dah mula putus sebab Dayah kena menggelongsur curam. Then mula lah penderitaan berjalan dengan kasut yang tak bertapak.. Macam sedih dan macam lawak pon ada.. Hahaha tapi better lagi jalan macam tu daripada pakai selipar sebab selipar licin.

Jungle trekking ni boleh dikatakan mencabar la jugak sebab jalan tu baru nak dibuat masa hari yang kami masuk tu. Dengan kata lain jalan-jalan tu diwujudkan on the spot. Memang macam seram tapi seronok jugak. Pernah je Dayah hampir nak terjatuh. Pokok-pokok berduri pun banyak. Yang lagi menarik, Dayah jumpa sumpah-sumpah masa tu. Masa tu dia tengah menyamar. Warna badan dia sama dengan kayu tu sampaikan awal-awal tu tak perasan pun dia kat situ.

Selain itu, ada satu masa tu Dayah rasa macam ada benda yang merayap dalam baju.  Ingatkan kumbang ke semut ke tapi bila Dayah pegang dari luar baju dan tarik dia keluar melalui lengan baju, terkejut gila. Labah-labah rupanya. Terus kena tepis haiwan tu. Nasib dia tak gigit. Dah la bukan labah-labah kurus yang selalu jumpa dalam rumah. Kaki dia gemuk dan berwarna coklat. Serius seram. Itu la binatang yang Dayah paling takut. 

rest for a while

trekking
me with ulat sagu
Masa dalam hutan ni, kitorang jumpa ulat garam. Disebabkan ulat ni tak bahaya, Dayah pun pegang je la.

before enter jungle




before enter jungle
enjoying time with this ulat.

Kami jugak ada jalan laluan dalam sungai. Ini kali pertama Dayah join jungle trekking yang memang basah lencun. Hahaha 
Sungai
Memang terpisah habis group Dayah masa aktiviti jalan dalam sungai ni. Masa dah keluar dari sungai Dayah jalan dengan kumpulan Fiqa je. Masa ni Dayah dah tukar pakai selipar sebab jalan atas batu sakit kalau pakai kasut tak bertapak tu. 
Me and Fiqa's group
Lepas keluar dari hutan, semua orang bersiap-siap bersihkan diri dan ada yang buat persiapan untuk majlis penutupan. Ada jugak yang pergi buat aktiviti abseiling bagi yang tak buat masa hari pertama.
Lepas semua dah siap mandi, solat dan makan, kami pun turunkan khemah. 

Last sekali, ada majlis penutupan dan lepas tu balik.



My ketua kumpulan terima cenderahati

Ucapan daripada Kak Nini
masa majlis penutupan

semua yang terlibat.
Summer Camp is fun


Yeay, jom balik.

Thanks for reading. 

Thursday, April 14, 2016

My Summer Camp Story 2016 - Day 2 | PRIMU UNIMAS

Assalamualaikum and hi.
Okay, this is the second chapter of the Summer Camp story.

Awal-awal pagi lepas solat Subuh, kami berkumpul di dewan dan ada sesi panaskan badan dengan berzumba. Masa ni, Dayah langsung tak berpeluh mungkin sebab tak buat betul-betul kut. 
zumba session
Untuk sesi pagi kami ada aktiviti indoor "Dream Castle". Kami kena buat presentation untuk mendapatkan dana yang sebanyak 2.6 juta untuk membina istana ni. Kumpulan Dayah buat piramid. Mula-mula tu saja cadangkan piramid sebab malas nak fikir design dan struktur piramid sangat kukuh sebab dia ada tapak yang luas. Dah rasa macam buat presentation dalam kelas je. Hahaha. 

Selepas itu, ada aktiviti yang kena buat map sendiri dengan menggunakan petak yang disediakan. Syaratnya kena letak sepuluh halangan dalam peta tu. Kumpulan Dayah guna tali, kayu, tape, kerusi, tayar, kasut, daun kering, gunting, besi dan batu. Lepas tu, peta yang kita buat tu kena dilalui oleh ahli kumpulan lain. Kumpulan yang pertama yang peta mereka berjaya dilalui oleh orang tu kena denda masuk lumpur. Orang yang masuk dalam peta tu, mata dia kena tutup dan dia bergerak berdasarkan arahan je. Kami yang pemilik peta ni pulak kena jadi penggangu supaya si dia yang kena jalan dalam peta tu terganggu dan tak dapat fokus dengan arahan sebenar. 


our very own map

groupmate with our fasi

peace

Group yang kena denda masuk lumpur skali 2 orang my groupmate volunteer

Lepas solat Zohor, kami ada aktiviti rintangan berhalangan. Semasa halangan yang panjat tembok tu, Dayah terjun dari tembok dan jatuh terduduk. Sakit dia terasa sampai ke dada, bahu sampaila ke leher. Masa yang part monkey bar tu pon macam lawak je. Hahaha Walaupun kaki Dayah dah ditampung dua orang groupmate, tapi masih rasa badan ni berat je. Lepas tu masa sampai dekat rintangan yang macam orang main lompat pagar tu, ada yang kena langkah dan ada jugak yang kena merangkak. Lepas tu siap dimandikan lagi. Part yang paling tak berkenan ialah masa kena mengesot masuk bawah dawai tu. Dah macam kolam lumpur dah kat situ. Kiranya kami ni mandi lumpur la. Ada kumpulan yang kena ulang part ni sebab tiang amanah diorang terkena dawai ataupun terkena tanah. Nasib baik group Dayah masa first trial dah okay.
tiang amanah


lepas masuk lumpur

lepas masuk lumpur
Seterusnya, ada aktiviti water confidence. Masa ni yang rasa macam nak tidur je. Hehe sebab boleh baring dalam air. Lepas tu, terus ada kayak. Kayak ni best sangat walaupun lenguh habis tangan malam tu. hahaha Best gila kayak di kawasan ada ombak. Rasa lagi mencabar. 

kayak




mata I nampak sebelah je. hahaha
Aktiviti malam ni agak santai dan best jugak. Slot malam ni ialah " You think you can act" dan BBQ.
Masa fasi tengah sibuk memasah ayam, kami diberi task untuk berlakon dengan tema romantik komedi. My group dapat tajuk "Cerai talak tiga". Group Dayah punya watak utama guna dialek Kelantan dan Terengganu rasanya. For me, Dayah rasa lakonan diorang best dan lawak. Hahaha
Lepas aktiviti lakonan tu, baru ada makan-makan BBQ. 

Malam kedua ni, Dayah dengan Fiqa tidur dalam khemah sebab dah ada tempat nak tidur. Sebelum ni kan basah. 

Okay, that's it for second day.
Next entry will be the last day. 
Thanks for reading.