Instagram

Thursday, April 14, 2016

My Summer Camp Story 2016 - Day 2 | PRIMU UNIMAS

Assalamualaikum and hi.
Okay, this is the second chapter of the Summer Camp story.

Awal-awal pagi lepas solat Subuh, kami berkumpul di dewan dan ada sesi panaskan badan dengan berzumba. Masa ni, Dayah langsung tak berpeluh mungkin sebab tak buat betul-betul kut. 
zumba session
Untuk sesi pagi kami ada aktiviti indoor "Dream Castle". Kami kena buat presentation untuk mendapatkan dana yang sebanyak 2.6 juta untuk membina istana ni. Kumpulan Dayah buat piramid. Mula-mula tu saja cadangkan piramid sebab malas nak fikir design dan struktur piramid sangat kukuh sebab dia ada tapak yang luas. Dah rasa macam buat presentation dalam kelas je. Hahaha. 

Selepas itu, ada aktiviti yang kena buat map sendiri dengan menggunakan petak yang disediakan. Syaratnya kena letak sepuluh halangan dalam peta tu. Kumpulan Dayah guna tali, kayu, tape, kerusi, tayar, kasut, daun kering, gunting, besi dan batu. Lepas tu, peta yang kita buat tu kena dilalui oleh ahli kumpulan lain. Kumpulan yang pertama yang peta mereka berjaya dilalui oleh orang tu kena denda masuk lumpur. Orang yang masuk dalam peta tu, mata dia kena tutup dan dia bergerak berdasarkan arahan je. Kami yang pemilik peta ni pulak kena jadi penggangu supaya si dia yang kena jalan dalam peta tu terganggu dan tak dapat fokus dengan arahan sebenar. 


our very own map

groupmate with our fasi

peace

Group yang kena denda masuk lumpur skali 2 orang my groupmate volunteer

Lepas solat Zohor, kami ada aktiviti rintangan berhalangan. Semasa halangan yang panjat tembok tu, Dayah terjun dari tembok dan jatuh terduduk. Sakit dia terasa sampai ke dada, bahu sampaila ke leher. Masa yang part monkey bar tu pon macam lawak je. Hahaha Walaupun kaki Dayah dah ditampung dua orang groupmate, tapi masih rasa badan ni berat je. Lepas tu masa sampai dekat rintangan yang macam orang main lompat pagar tu, ada yang kena langkah dan ada jugak yang kena merangkak. Lepas tu siap dimandikan lagi. Part yang paling tak berkenan ialah masa kena mengesot masuk bawah dawai tu. Dah macam kolam lumpur dah kat situ. Kiranya kami ni mandi lumpur la. Ada kumpulan yang kena ulang part ni sebab tiang amanah diorang terkena dawai ataupun terkena tanah. Nasib baik group Dayah masa first trial dah okay.
tiang amanah


lepas masuk lumpur

lepas masuk lumpur
Seterusnya, ada aktiviti water confidence. Masa ni yang rasa macam nak tidur je. Hehe sebab boleh baring dalam air. Lepas tu, terus ada kayak. Kayak ni best sangat walaupun lenguh habis tangan malam tu. hahaha Best gila kayak di kawasan ada ombak. Rasa lagi mencabar. 

kayak




mata I nampak sebelah je. hahaha
Aktiviti malam ni agak santai dan best jugak. Slot malam ni ialah " You think you can act" dan BBQ.
Masa fasi tengah sibuk memasah ayam, kami diberi task untuk berlakon dengan tema romantik komedi. My group dapat tajuk "Cerai talak tiga". Group Dayah punya watak utama guna dialek Kelantan dan Terengganu rasanya. For me, Dayah rasa lakonan diorang best dan lawak. Hahaha
Lepas aktiviti lakonan tu, baru ada makan-makan BBQ. 

Malam kedua ni, Dayah dengan Fiqa tidur dalam khemah sebab dah ada tempat nak tidur. Sebelum ni kan basah. 

Okay, that's it for second day.
Next entry will be the last day. 
Thanks for reading.



Wednesday, April 13, 2016

My Summer Camp Story 2016 - Day 1 | PRIMU UNIMAS

Assalamualaikum.. Hi people, 
It's been a long time since the last entry right? 

Dayah dah semakin malas nak menaip sejak dua menjak ni. Tapi this experience memang kena cerita jugak. Well, this is not the first time I went to this kind of camp. First time Dayah pergi kem macam ni masa sekolah menengah dulu. Time sekolah rendah memang tak dapat la nak pergi aktiviti yang adventure dan bahaya ni sebab parents tak bagi. Huhuhu masa tu alasan ibu bagi "kakak tu dah la kecik, bahaya la aktiviti tu". My ibu cakap I kecik lagi sedangkan rasanya tak ada la kecik sangat rasanya badan ni. Hahaha. Okay back to the topic, let me story about this camp.

Waiting for the bus at BHEP


First day:

 Kami tiba di Rock View Agrotek, Lundu lebih kurang pukul 10 lebih macam tu. Sampai-sampai je semua berkumpul di dewan untuk briefing session. Lepas tu, kami diberi kumpulan untuk khemah. Luckily, Dayah masih dapat satu khemah dengan Fiqa walaupun kitorang tak sama group untuk aktiviti-aktiviti lainnya. This is the first time Dayah pasang khemah. Before this, selalu tengok je my dad pasang khemah masa kitorang pergi berkelah.
Briefing session
Briefing session 

Memasang khemah
 Selepas itu, ada sesi ice breaking untuk mencari ahli kumpulan sendiri. Cara pembahagian kumpulan tu unik sangat. Instead of just calling the lists of names, they give us a hint for each of us and we have to know the answer in order to find our group member. Seriously, this is fun because when I get to find the other member, I was very excited. My group got Misbun Sidek. Hahahah It's like I'd solve a mystery. LOL

Untuk first day ni, banyak indoor activity jer. Kitorang kena create cheers and our own bendera. Lepas tu, kami kena tulis surat untuk our fake crush. Dayah dapat perempuan, so, memang tak ada idea nak tulis apa. Tapi this girl kind of friendly. I'd talked to the a few times and she don't even know that the letter she got was actually from me. Hahaha One of the indoor game is aktiviti yang ikat belon di kaki dan pijak belon group lain. Dalam video montaj ada part Dayah main.

My group members- creating logo untuk bendera


Petang tu, ada aktiviti abseiling. Best sangat sangat sangat. Dayah offer nak jadi first person from our group. Hahaha
Time dah start nervous

Kind of excited
yeay dah nak turun




Malam tu, ada aktiviti debat. Dayah fight untuk usulkan tajuk je. Lepas tu, siapa yang dah bercakap masa nak propose tajuk tu dah tak boleh bercakap dah masa debat tu. Tajuk yang group Dayah usulkan adalah "Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) seharusnya ditukar ke Baucar Pelajar 1 Malaysia (BP1M)" yang penggunaannya lebih luas. Masa sesi debat tu Dayah tengok je la dan dengar. Hangat jugak la topik yang terpilih tu.

Aktiviti terakhir untuk hari ini ialah activiti Night Owl. Dalam aktiviti ni, kami kena berjalan sambil menutup mata dan pegang tangan ahli kumpulan sehingga membentuk rantaian.  Masa mula-mula tu masih jalan dalam kumpulan tapi last-last kitorang dipisahkan. Dayah kena pindah ke tiga tempat kot. Masa mula-mula rasanya kena pindah dekat-dekat dengan kawasan estuary tu sebab ada dengar bunyi macam-macam binatang. But seriously, I'm not afraid at all. Rasa tenang dengan mengantuk je masa tu.
Lepas tu, fasi ada kacau guna rumput-rumput rasanya tapi benda tu tak menggelikan pon pada Dayah. Ada yang sebut ada lintah la, katak besar lah, tapi masih jugak tak goyah. What I'm thinking at that time is "ala.. kalau betul ada mesti diorang pun tak berani..Lagipun aku aquatic student memang takdanya nak geli dengan haiwan-haiwan ni." Lepas diorang pindahkan Dayah kat mana entah tapi rasanya tempat tu macam tangga je dan ada sorang lagi kat situ sebab Dayah boleh bau minyak wangi dia. The scent of that person perfume is kind of familiar but still I don't know who.
Masa dia nak pindahkan ke tempat kedua tu, kaki Dayah terlanggar macam tembok simen ke apa entah and rupa-rupanya kaki Dayah luka plus lebam lepas tu.. Last place is dalam surau. I know it is surau because of the tile. Haha Rasanya ada dalam beberapa orang yang kena sorok dalam surau tu tapi semua diam je. Ada yang tidur rasanya sebab bunyi macam berdengkur je. LOL

Untuk first day, Fiqa dengan Dayah tak tidur dalam khemah sebab separuh dari khemah kitorang basah. So, dua orang je la yng tido khemah. Dayah tido di surau. Sejuk gila kot.. Dayah tidur pakai full set telekung sebab tak bawak selimut. Dayah tido dalam sejam lebih je.

Okaylah, itu saja untuk hari pertama. I'll share about the second and last day on my next entry. So, wait okay.
Thanks for reading.