Instagram

Sunday, March 30, 2014

Harapan


Hope.
Harapan..
Jangan sesekali kita putus harapan..
Ya.. Dayah dulu pernah juga rasa macam dah putus harapan..
Rasa macam nak berhenti je asasi..
Tapi bila fikir balik , ayah dan ibu dah banyak habis duit masa Dayah nak masuk UNIMAS ni,
Ayah dah letak harapan yang tinggi dekat anak sulung dia.
Tak sanggup pula nak kecewakan diorang..
Dan lagi.. tak nak orang pandang rendah kat Dayah..
Semua jiran-jiran dah tahu, saudara mara pun tahu,
Jatuh la maruah Dayah kalau tiba-tiba berhenti separuh jalan..
So, sebab tu la Dayah masih dapat bertahan sampai sekarang duduk di Asasi UNIMAS ni..
Walaupun jauh daripada keluarga, tapi Dayah anggap je ini sebagai cabaran..


Okey berbalik kepada topik harapan tadi, Dayah pernah hampir nak putus harapan sebab keputusan midsem sem satu dulu teruk.. Dayah rasa macam tak ada harapan nak sambung course sains.. Dulu, dalam fikiran Dayah kalau sambung course selain sains, tak ada kelas la, tak boleh menjamin masa depan la dan macam-macam lagi.. Tapi sekarang ni, Dayah dah tak fikir macam tu dah..  Sekarang Dayah rasa course apa tak penting tapi yang penting kita minat dan sanggup untuk berusaha.. Walaupun bukan course Sains, tapi rasanya kalau buat betul-betul mesti akan ada masa depan yang cerah juga.. So, Dayah dah ada alternatif lain selain course sains.. Dayah rasa kalau sambung Akaun pun okey jugak sebab dulu Dayah rasa enjoy je buat akaun walaupun ramai yang kata susah.. Yang penting kita minat kan.. 
Kesimpulannya, course apa tak penting tapi yang paling penting jangan sesekali putus harapan dan putus usaha.. Itu je..

Monday, March 17, 2014

Lawatan ke Kubah National Park

Assalamualaikum..
Sudah sekian lamanya blog ini terbiar..
Sudah bersawang, berhabuk, labah-labah pun dah banyak..
Sebanarnya bukan malas nak menaip tapi sebab memang terlalu sibuk dan masa terlalu padat dengan macam-macam aktiviti, masa cuti hujung minggu pun tak dapat nak rehat.. Minggu lepas ada exam MUET, Minggu sebelum tu ada AB2C(Asasi back to communty), minggu ni pulak ada lawatan ke Kubah pulak.. Walaupun namanya lawatan tapi lebih kepada mendaki gunung, dan jungle trekking la jugak.. 
Mula-mula kami mendaki sampai ke summit dulu, perjalanan dengan berjalan kaki lebih kurang 2 jam lebih jugak la.. Lepas tu waktu turun tu sepatutnya group kami tak perlu pun pergi waterfall tapi sebab majoriti teringin sangat nak pergi so, kami ikut la ada lagi group lain yang nak pergi jugak. . Laluan nak ke waterfall tu yang mencabar sikit.. panjang laluan tu lebih kurang  1.5 kilometer... Waktu perjalanan nak ke waterfall tu, masih cergas lagi.. Tapi.. masa balik tu, hanya Allah je yang tahu betapa seksanya .. dengan lemah lututnya, memang rasa macam nak menangis pun ada.. Tapi tak ada la sampai menangis lagi.. Hehe 
Kesan daripada aktiviti semalam sangatlah sakit.. huh :'(
Tapi walaupun sakit tetap best.. Pengalaman baru mendaki gunung.. :)
Sweet memory..

Kat bawah ni ada sikit gambar masa di Kubah..










           




                                                       































                            



Okaylah, itu jelah gambar yang sempat diambil.. thanks baca..
Untuk AB2C nanti kalau rajin Dayah update lah .. :)