Instagram

Saturday, January 25, 2014

Alhamdulillah


Alhamdulillah..
Syukur..
Setelah seminggu telinga kiri ni tersumbat akhirnya hari ini elok juga..
Susah juga bila sebelah telinga tersumbat sebelah ni..
Susah nak fokus dalam kelas..
Susah nak dengar apa yang orang cakap..
Bila dah jadi macam ni, barulah sedar betapa besarnya nikmat mendengar ni..
Baru mula berfikir bagaimana perasaan orang yang pekak untuk selama-lamanya tu..
Kita yang baru pekak sebelah telinga pun dah rasa macam susah dah, inikan pula kalau orang yang terus tak boleh mendengar.. Mesti lagi susah.. 

Alhamdulillah..
Allah dah sembuhkan telinga Dayah..
Allah dah pulangkan kembali nikmat pendengaran ni..
Walaupun hanya seminggu hilang nikmat,
tapi memang rasa macam susah je..
Syukur Dayah masih diberi peluang untuk menikmati nikmat ini..

Bukan senang-senang je Allah nak berikan sesuatu pada kita,
Kita masih perlu berusaha, berdoa dan tawakal..
Alhamdulillah,
Selepas seminggu guna ubat titis tu,
dan hari ini dah pergi jumpa doktor,
Dapat nasihat doktor..
Duit pun dah keluar..
Sembuh juga akhirnya..
:D

Dayah nak share sedikit tips untuk masalah telinga sumbat ni..

1. jangan korek telinga dengan cotton bud sebab cotton bud hanya akan menolak tahi telinga makin ke dalam je..
2. Boleh guna minyak zaitun untuk dititiskan dalam telinga untuk melembutkan tahi telinga..
atau
3. Beli je ubat dari farmasi..

4. Nasihat doktor, korek telinga guna yang besi tu.. 

Lastly,
5. Kalau masih tak baik juga walaupun dah banyak hari pakai minyak titis tu, jumpa dengan doktor untuk dicuci telinga guna syringe tu..

Itu je tips yang simple daripada Dayah berdasarkan pengalaman sendiri dan nasihat doktor.. 
:D
Peace



Wednesday, January 22, 2014

cALL mE mAybe by Encik Mimpi

Assalamualaikum..
Lawak giler lagu ni.. Hahaha
Kalau rajin dengar lah..
Tergelak sorang-sorang dayah dengar lagu ni..
:D

Sandiwara Cinta

ASSALAMUALAIKUM..
Dayah tak ada apa nak cerita.. Tapi Dayah just nak share lagu ni je..
Dayah suka sangat lagu ni .. :D
Enjoy..


Lirik Lagu Sandiwara Cinta – Republik


Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

Sunday, January 19, 2014

TUNANG tanpa sedar? wahhh

Percaya atau tidak, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang awak mungkin tak tahu, awak sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa-apa yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu masa nak tunang duk bawak rombongan satu bas, bawak barang-barang pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir, sebenarnya dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tak baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah awak ternganga bila tiba-tiba tau awak sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? So, berfikir dulu sebelum menjawab yang awak nak berkahwin dengan si dia.. HAHA 
Mostly Dayah copy paste je entry nie.. :P
Apa-apa pun video UAI ni memang terbaikk.. hehe


Saturday, January 11, 2014

Turun ke naik?



Assalamualaikum..
Dayah ada cakap kan nak cerita perkembangan diet tu? 
Hari tu Dayah memang ingat nak update hari-hari tapi tiba-tiba cable power rosak.. 
Lepas tu tak boleh la nak online guna lappy.. 

So, hari ini Dayah nak cerita sikit je la serba ringkas tentang kisah diet tu..
Sepanjang tempoh yang Dayah tak dapat mengupdate tu, Dayah ada jugak langgar peraturan yang Dayah buat tu.. Waktu minggu pertama tanpa nasi tu, berat dayah turun 0.1 kg je.. sedih kan?? 



Minggu kedua pulak Dayah tak jaga makan sangat pun, Dayah ada jugak makan nasi.. Tapi campur hari ini baru dua kali la Dayah makan nasi.. Haha
Exercise pun dah malas nak buat..
Hari ini dayah dah timbang.. Berat turun lagi 1.1kg.. :D
Okaylah kan daripada tak turun langsung.. 
Waktu minggu kedua ni Dayah banyak makan roti dengan tuna..
Hari-hari makan buah..
Air pulak, ada juga la Dayah minum minuman manis tapi tak selalu..
Tapi sekali sekala makan manisan okay kot..
Kalau selalu memang menggemukkan lah..
Okaylah itu je lah nak cerita.. 


Thursday, January 2, 2014

4 hari tanpa nasi :D



Assalamualaikum..
Hari ini dah 4 hari dah Dayah TAK MAKAN NASI tau.. Haha
Ada orang cakap "No rice, no life" tapi Dayah dah berjaya buktikan yang kalau tak makan nasi pun masih 
boleh hidup la.. Besides, semakin happy je life I.. 

Disebabkan semalam Dayah tak update tentang hari ke-3, jadi, untuk entri kali ini, 
Dayah nak cerita sekali untuk hari yang semalam..



Hari ke-3 Projek A.M.K.

Untuk hari ke tiga,
Breakfast Dayah makan roti dengan air oat, lunch makan roti juga dengan air ribena, dan dinner I makan maggi campur sardin..
Sedap la makan maggi goreng dengan sardin tin.. Walaupun maggi ni tak berapa baik untuk kesihatan, tapi sekali sekala tak pa la kan.. Haha
Sejak masuk asasi ni, barulah Dayah pandai makan sardin tin yang tak dimasak.. Hehe
Mungkin ramai yang tak lalu kot nak makan sardin tin kalau tak masak tapi Dayah belasah je semua..
Sebab tu berat badan naik.. Huh. :D
 Tak dilupakan, Dayah dah skipping dah hari ni.. Haha
Hari-hari mesti exercise, barulah menjadi misi nak kurus tu.. ;D


Hari ke-4 Projek A.M.K

Wah.. pejam celik-pejam celik dah 4 hari dah Dayah tak sentuh nasi.. 
Untuk hari ini, breakfast Dayah makan roti dengan susu low fat, lunch Dayah makan protein.. Protein tu ayam dan daging.. Hari ini macam pelik sikit la sebab Dayah beli lauk dan makan lauk tu macam tu je..
Tak campur dengan nasi ke mee pun.. :D Total kos untuk ayam dengan daging tu RM2.50 je.. 
Untuk makan malam pula, Dayah makan roti dengan air yogurt.. Untuk makan tengah malam pula, mungkin Dayah makan london choco roll dengan susu je kut.. Sebab tak makan lagi supper..



Untuk exercise pula, hari ini Dayah dah lompat tali skipping dan buat sit-up.. Lagi pun, malam ini Dayah ada latihan judo, so, berpeluh juga la sikit.. Hehe

I think that's all lah yang boleh diceritakan setakat hari ini.. 
Erm.. thanks for reading.. Esok-esok Dayah update perkembangan projek ni lagi okay.