Instagram

Tuesday, December 31, 2013

Hari Kedua Projek A.M.K.


Assalamualaikum..
Hehe
Dengan ini, dah dua hari Dayah tak makan nasi.. Untuk hari ni, Dayah makan roti untuk breakfast, lunch pulak mee dan petang makan roti dengan susu skim low fat.. Tapi hari ini Dayah tak ada ambil sayuran langsung.. Emm.. Air pulak, Dayah just minum air kosong je sebanyak yang mampu.. Haha
Hari ini pun Dayah tak miss exercise.. Siang pula, Dayah tak tidur pun.. Petang tadi ada lecture dan lepas balik tu terus Dayah tengok drama.. Sebab tu yang tak tidur.. Malam ni pulak Dayah tengah buat assignment ni, tapi dah bosan sebab tu yang update blog dulu.. Hehe.. Harap-harap la Dayah kuat nak lawan nafsu makan ni..  Wish me luck okay, :D
XOXO

Kurus kan dia ni.. Jeles la tengok orang kurus-kurus ni,..
:D


Monday, December 30, 2013

Hari pertama Projek A.M.K.


Assalamualaikum..
Erm.. 
Untuk hari first ni, Dayah dah berjaya elakkan nasi dan ais.. 
Hari ini Dayah hanya makan lauk dengan sayur-sayuran dan roti.. 
Untuk yang tidur siang tu pun berjaya juga.. Dayah tidur dalam 15 minit je tadi.. sebab petang ada lab lagi.. Haha
Exercise pun success.. Yeay..
Secara keseluruhannya, hari pertama dah success..
Yeayy..
Okaylah, itu je lah untuk hari ini.. :D


Sunday, December 29, 2013

Projek: Aku Mahu Kurus


Assalamualaikum...
Jawablah.. Memberi salam itu sunat tapi menjawab salam tu wajib tau.. 
Haha
Okey, untuk entry kali ni, Dayah nak kongsi azam tahun baru.. 
Dayah nak kurussss...
Alangkah indahnya kalau menguruskan badan itu senang.. Tetapi bukan senang nak kurus kan? Kalau nak menggemukkan badan tu sekejap je dah berjaya.. Haha
Selepas mengkaji program-program diet yang Dayah jumpa dalam internet, buku dan majalah, Dayah dah jumpa beberapa cara yang sesuai untuk diamalkan.. 
Untuk permulaan ni, Dayah nak cuba untuk seminggu dulu.. Kalau menjadi, Dayah tambah la lagi seminggu, sampailah dapat berat yang Dayah nak..  

Strategi-strateginya:

ELAKKAN NASI
Untuk permulaan, Dayah nak elakkan nasi untuk seminggu dulu..
Sebabnya, nasi kan karbohidrat. Karbohidrat ni nanti jadi glukosa dan dengan kata lain, jadi gula..  Bukan untuk selama-lamanya pun tak nak makan nasi..

MAKAN PROTEIN DAN SAYUR
So, disebabkan nasi terpaksa dielakkan, Dayah buat keputusan untuk makan makanan yang berprotein dan serat je.. Dengan kata lainnya, makan lauk pauk je la.. Kalau makan protein ni, boleh mempercepatkan pembakaran lemak..

MAKAN ROTI
Okey, walaupun roti juga karbohidrat, tapi karbohidrat dalam nasi lagi banyak.. Disebabkan itu, nasi digantikan dengan roti.. Dengan ini, tak ada la diet tak sihat kan.. 

MINUM AIR KOSONG BANYAK
Nak tahu tak, kalau kita minum banyak air kosong kita boleh nyahtoksin dalam badan macam detox.. Untuk pengetahuan korang, dulu Dayah ada kawan yang buat diet yang minum air banyak-banyak ni.. Memang berat turun banyak.. 

JAUHI AIS
Untuk yang ini, Dayah tak ada masalah pun nak buat sebab Dayah bukannya penggemar air sejuk pun.. Tapi, Dayah suka makan aiskrim.. Tapi, InsyaAllah.. boleh kot avoid aiskrim untuk sementara waktu.. 

MAIN TALI SKIPPING
Dayah akan cuba untuk lompat tali hari-hari.. Biarlah sekejap pun janji ada juga buat kan..
Dayah nak lompat sekurang-kurangnya sampai kiraan 100..

HADKAN TIDUR SIANG
Dayah nak kurangkan tidur siang.. Selalunya kalau tak ada kelas petang mesti akan tidur punya.. So, untuk projek ni, Dayah nak hadkan tidur siang lebih kurang 15 minit ke 30 minit je.. Itu pun kalau letih sangat la..

Okaylah, rasanya itu je la strategi-strategi untuk Projek Kurus kali ini.. Wish me luck okay.. :D
XOXO






Wednesday, December 25, 2013

My Bestie in Asasi UNIMAS

Assalamualaikum..
Hai manusia sekalian..
:D
Hari ini Dayah nak cerita tentang dua orang my bestie yang Dayah kenal dekat Unimas ni.. Dua manusia ni lah yang selalu jadi geng Dayah untuk bergosip, berjalan, shopping, exercise, makan... haha dan.. macam-macam lagi.. Haha 

Dila dan Fiqa

Dila
Si Dila ni susah sikit nak bergambar.. Gambar dia sikit je yang Dayah dapat simpan.. Dia tak suka orang ambil gambar dia.. Dia cakap muka dia tak cantik lah apa lah.. tapi Dayah tengok muka dia okey je.. Cantik kan?? Dila yang bertudung putih dekat gambar yang di atas ni.. Hobi dia tidur dan dia ni kurus tapi kuat makan tau.. Hahaha pagi makan, tengah hari makan, petang makan, malam tak tahu la.. Dia ni kalau tak makan mungkin waktu tu dia tidur kut..  Dia suka tengok reality show.. Kpop lover.. Dila ni suka datang bilik aku malam-malam dan pernah sekali tu, dia datang betul-betul lewat malam dan ketuk pintu TAPI Dayah tak buka sebab Dayah ingatkan makhluk lain yang nak mengusik.. Hehehe kesian dia waktu tu.. Dan.. kalau dia datang bilik Dayah mesti nak online.. haha Lagi satu, Dila ni mandi lama gila.. Hari tu Dayah pergi bilik dia dan set masa berapa lam dia ni mandi.. and.. Guess what? Dekat satu jam kot mak cik ni mandi..

Okay.. cukup-cukuplah cerita pasal Si Dila tu.. Sekarang Dayah nak cerita tentang Fiqa pulak.. Hehehe 




Fiqa
Mungkin ada yang dah kenal dengan dia ni sebab dia ni blogger jugak.. So, lets begin..
Fiqa ni adalah classmate merangkap roomate Dayah.. Hobi dia online rasanya.. Hari-hari mesti buka twitter, blog, ask.fm, dan kadang-kadang download movie, drama blablabla.. Laptop dia dah macam panggung wayang je sebab macam-macam movie ada.. Hahaha Kartun ada, drama melayu, drama korea, hindustan ada, movie english, movie melayu, movie kartun.. macam-macam ada.. tapi dia paling suka tengok kartun.. Dia kata semua cerita kartun dalam laptop dia tu, dia dah tengok.. Dia ni keras kepala jugak kadang-kadang dan sebab tu la Dayah selalu tak sama pendapat dengan dia.. Tapi dalam keras-keras dia pun, dia tetap orang paling sensitif pernah Dayah jumpa seumur hidup tau.. Dia cepat terasa, cepat menangis.. Buktinya, bila tengok drama korea dia nangis.. Kalau Dayah pulak tengok jugak tapi tak ada la pulak nak nangis..  Dia ni senang sikit sakit hati dengan orang tapi cepat maafkan orang rasanya..  Bila dia terasa hati ke, sakit hati ke, sedih ke, terus selera makan dia hilang.. Kalau Dayah dengan Dila pulak, lagi kuat makan adalah.. 

So, itu jelah serba ringkas yang Dayah boleh cerita tentang dia orang.. Last but not least, Dayah harap nanti Degree still boleh jumpa diorang ni lagi..


Gambar yang terakhir ni gambar semasa hari first sem 2.. Gambar dengan Dila tak ada sebab dia tak nak bergambar.. :)





Tuesday, December 24, 2013

Lawatan ke Fakulti Perubatan UNIMAS

Assalamualaikum..
Hai..

18/12/2013
Pada tarikh yang di atas, Dayah ada lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.. Lawatan ni wajib untuk semua student Hayat.. So, suka atau tidak tetap kena pi jugak la.. Walaupun Dayah tak teringin pun nak masuk fakulti tu nanti, tapi best juga la dapat pergi melawat macam tu.. Untuk pengetahuan anda yang tak tahu, fakulti ini agak terasing daripada fakulti-fakulti lain yang ada di UNIMAS tau.. Sebab tu la kami kena naik bas untuk ke fakulti tu.. Perjalanan lebih kurang satu jam juga la..  Okaylah, malas nak cerita banyak-banyak, jomlah tengok gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan tersebut berlangsung.. Enjoy..

This is me..

Nampak tak perempuan yang bertudung oren yang bulat tu? Tu lah Dayah.. Haha



Yang atas ni pula my classmate, Fiqa dan Ben..


Macam ni lah suasana masa lawatan tu berlangsung.. 


Yang atas ni pula entah manusia mana pun tak tahu... Hahaha


Gambar atas ni my favourite.. Haha Fiqa, Ika dan Ben..


Nampak tak betapa diorang enjoy this tour..


This is me.. again.. Peace :)


Dayah bersama dengan beberapa orang classmate..Mesti korang pelik dan tercari-cari mana la si Fiqa ni kan? kan? Dia jadi jurukamera la kali ni..




This is Ben.. again.. Mr. Genius.. :)





 Dua gambar yang di atas ni suasana semasa dah dekat nak balik.. Semua tengah tunggu giliran nak tandatangan kehadiran tapi Dayah dengan Fiqa pulak malas nak meramaikan lagi, so, kami pun duduk la jauh sikit.. 



Last but not least, sikit je la gambar yang sempat diambil pun.. semasa dalam Anatomi Room kami dilarang mengambil gambar.. Kalau tidak mesti boleh share dengan korang gambar-gambar organ-organ yang dah diawet.. Organ-organ tu dah 20 tahun dah pun duduk dalam larutan fomalin tu.. Sejak UNIMAS dibuka lagi..
Okaylah.. thanks sebab sudi baca blog Dayah ni.. Kalau sudi nanti datang la lagi.. Hehehe



Sunday, December 22, 2013

Simple Giveaway by Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!


Cinta dan Persahabatan

Bila kita bercakap tentang cinta, apa yang korang fikirkan? These two things  have one thing in common..
What do you thing? 
Korang rasa apa persamaannya?

KEPERCAYAAN.
Korang rasa apa yang akan terjadi bila kita dah tak ada sikap saling mempercayai dalam percintaan dan persahabatan? Hancur.. Perhubungan tu memang tak akan ke mana la kan.. Sebabnya bila kita dah tak percaya dekat seseorang tu, hubungan tu ibarat sudah rapuh dan tunggu masa je kot nak patah..  Bila datang je orang ketiga, senang-senang je kot hubungan korang boleh hancur.. Meh Dayah bagi contoh yang simple dan senang untuk difahami.. Contohnya, kau dengan DIA hanyalah KAWAN tapi ada orang lain yang salah anggap yang korang ni COUPLE.. Orang yang salah anggap tu pulak memang tak suka ada orang lain yang rapat dengan DIA.. So, that person yang tak suka korang rapat dengan DIA pun cakap something yang boleh dikatakan memalukan seseorang yang pernah ada krisis dengan korang..  Apabila si DIA tak ada sikap percaya pada korang, DIA tentu akan kata korang yang cakap benda tu.. Dan korang pun apa lagi, tentu akan rasa sakit hati kan? Last-last hubungan tu pun hancur.. Boleh putus sahabat..  

So, my advise dan untuk peringatan kepada diri sendiri juga, kita harus ada sifat saling mempercayai antara satu sama lain.. Dan.. jadilah diri sendiri.. kalau tak suka kata la tak suka.. kalau suka kata suka.. Jangan la bila tak suka, belakang kita kutuk, depan buat macam baik dan tak bersalah pulak..  Itu hipokrit namanya..
Okaylah, untuk entri yang ini, itu je lah yang Dayah nak share pun..

Bercakap tentang share, dayah ada la join 8share .. Jom lah join skali kalau tak join lagi..
Baru je nak berjinak-jinak dengan iklan-iklan ni.. 







Friday, December 13, 2013

Khasiat Beras Perang

Assalamualaikum..
Kalau tengok tajuk macam bosan je kan?
Haha
Tapi, pada Dayah la kan, benda ni menarik la..
Sebabnya hari tu, waktu cuti Dayah ada terbaca satu artikel dalam Harian Metro tentang beras perang ni..
Baru hari ni, Dayah teringat tentang tu, so, Dayah nak share secara ringkas je, tentang benda ni..
Mungkin ramai yang dah kenal dan tahu macam mana rupa beras perang kan? 
Tapi, korang tahu tak khasiat dia?? Tahu tak? Tahu tak?
Meh Dayah cerita sikit apa yang Dayah dah baca..

 Beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita makan tau.
Beras perang ni rupanya beras yang tak diproses lagi, manakala beras putih pulak yang dah diproses dan dibuang kulitnya. Bahagian yang dibuang tu yang sebenarnya ada banyak sangat khasiat.. 
Selain itu, makan beras perang ni cepat kenyang tau dan makan sikit je dah cukup..
Beras perang ni banyak digunakan oleh penghidap penyakit kencing manis..
Sebabnya beras perang ni boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah..
Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus. 
Untuk menjaga kesihatan, kita boleh amalkan mencampurkan beras perang dengan beras putih..
Dan.... beras perang sangat sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan tau..

Okaylah, itu saja yang Dayah dapat ceritakan hasil daripada pembacaan sendiri..
Dayah harap entri ini bermanfaat kepada semua.. 
:)

Monday, December 9, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com


Assalamualaikum..
Kenapa eh saya jadi blogger?? Saya sendiri tak pasti..
Sebenarnya dulu saya buat blog ini hanya untuk suka-suka je.. Hanya ikut kawan je..
Blog ni dah dibuat lama dah tapi baru sekarang nak cuba aktif berblogging ni.. Mula-mula tu macam tak ada tujuan aje buat blog ni.. Awal-awal tu, saya nak buat blog ni untuk share tentang kesihatan tapi last-last jadi diari.. Hehehe Seronok juga blogging ni.. Dulu Dayah suka tulis diari tau.. Dayah suka diari yang jenis berkunci.. Nampak kebudak-budakan di situ.. :) Dayah punya diari-diari dulu semua jenis berkunci tau.  Ada yang kunci mangga, dan ada yang jenis kunci guna kod nombor.. Bila baca balik diari lama, macam lawak je, macam lawak je, haha tersenyum sorang-sorang Dayah baca.. Tapi tu dulu, sekarang ni, Dayah dah malas nak tulis diari dah.. Sebab blogging ni macam tulis diari juga la kan? 
Lagipun, banyak segmen yang boleh Dayah join.. Untung-untung menang hadiah.. Hehe
Setakat ni memang tak banyak menang pun sebab baru je nak berjinak-jinak dengan segmen dan giveaway semua tu..  Setakat ni, Dayah baru menang sikit je Giveaway tapi rasa seronok sangat dah.. 
Erm.. Dayah taip setakat ini jelah.. Ok. Tata
Assalamualaikum.. :)

Welcome back

Assalamualaikum..

Dah lama blog ni terbiar.. Dah naik semak samun.. Haha 
Cuti sem yang sebulan pun dah habis.. Rasanya cuti sebulan tu macam habis sia-sia je sebab memang cuti tu, Dayah tak buat apa-apa yang berfaedah sangat pun.. 
Minggu pertama cuti tu hati Dayah tak tenang, so, cuti pun tak enjoy langsung.. Sebabnya masa tu, tengah nervous sebab result belum keluar lagi.. Tapi lepas result keluar, Alhamdulillah.. Lega jugak la hati ni..
Lepas tu, cuti hari tu dihabiskan dengan makan, tidur, tengok TV, baca novel, blablablablablabla.......
Minggu last cuti tu, Dayah balik kampung kejap.. Erm, waktu kat kampung pun, banyak buat benda yang tak berfaedah je pun.. Hahaha 

9/12/2013
Hari ni hari first kuliah.. OKlah..  Still semangat.. Sem baru, Azam baru..
Awal gila kot kitorang pergi kelas.. Hahaha semata-mata nak cop tempat duduk..  Pukul 7 pagi dah jalan.. 

oKlah tak tahu nak taip apa lagi.. Assalamualaikum..