Instagram

Saturday, November 2, 2013

Halal dan Haram

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. “
Riwayat al-Ibn an-Najjar
i) Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.
ii) Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.
iii) Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.
iv) Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut ( rujuk surah al-Furqan:67)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
(Al-Baqara 2: Ayat 25) 


Friday, November 1, 2013

Final Exam is Coming

Assalamualaikum..

Lama rasanya blog ni tak terupdate kan?
Dah seminggu lebih jugak la kan..
Final yang dah semakin dekat membuatkan Dayah menjadi semakin sibuk..
Sibuk study..
Stress sangat..
Dah la banyak topik tak baca lagi..
Tetiba rasa menyesal study last minit ni..
Minggu cuti study week ni dah jadi macam minggu tidur sedunia dah..
hahaha
Rasanya macam banyak sangat tidur..  
Konon-konon tak online boleh la nak study tapi ada jugak gangguan lain..
Sempat lagi nak baca novel, tengok drama korea, tengok movie..
Gangguan.. Gangguan..
Bila stress + bosan sempat lagi Dayah dengan roommate pergi makan aiskrim.. 
Sampai dua kot skali makan.. Erm..
Lagi satu, cuti Study Week ni Dayah rasa macam makin kuat makan la.. Sikit-sikit makan..
Mungkin sebab stres kot kan?.. 

Hahaha
Stres la sangat kan?
Dayah sekarang ni study dah tak pakai kertas sangat.. Buku pun tak berapa pegang sangat..
Sekarang nie, Dayah study guna phone je.. Ala.. bukan phone mahal pon.. Corby2 je pun.. Best jugak guna corby2 ni sebab banyak function yang Dayah nak guna ada.. 
Memanglah tak ada android segala bagai tu.. Tapi yang penting dia boleh main lagu, ada wifi, boleh bukak dokumen microsoft semua tu.. Rasanya dah lebih dari cukup kut..


No more this situation in my life.. Haha
Rasanya tak perlu kut buku banyak-banyak..
Anyway, wish me luck okay.