Instagram

Monday, March 25, 2013

Apa nak buat lepas dapat result SPM??

Assalamualaikum..

Hai.. 
How are u??
Tau tak sebelum Dayah ambik result ari tu, emosi dayah tak berapa stabil.. Entah perasaan apa la yang dayah rasa.. Ada rasa takut, excited, seronok, dan macam-macam lagi la.. 

Tapi......

Selepas dah tau result tu dayah rasa sedih.. sedih sebab tak dapat straight As..
Dayah rasa seronok jugak.. seronok sebab Add Math dapat A+.. huhu
Dayah rasa menyesal jugak... menyesal sebab tak study elok-elok.. menyesal sebab study pada saat-saat akhir.. Kalau study awal mesti Bio boleh dapat A-.. sedih la Bio dapat B+ je..

Dayah juga rasa bersyukur sebab Physics dengan Chemistry dapat B... Alhamdulillah...

Selepas dapat result SPM, Dayah buka laman web i-MAS-C-U..
Kepada rakan-rakan yang belum melayari laman web ini, sila lah melayarinya dengan segera..
Laman web nie untuk check kelayakan kita untuk menyertai program yang ditawarkan untuk lepasan SPM dan STPM.. 
Dayah juga kemaskini borang upu yang dayah dah isi dan hantar.. Sesiapa yang belum isi UPU masih boleh isi lagi nie.. Tarikh tutup dia 15 April 2013.. Kalau nak isi kena la beli number pin UPU dulu.. Dayah beli dekat mesin ATM je.. dekat bank BSN ada jual...

Buat masa sekarang, ini je yang mampu Dayah kongsikan dengan korang.. Harap info yang tak seberapa nie berguna untuk korang..

 Terima kasih kerana sudi membaca post ini.. 

                                           

Monday, March 18, 2013

Hari Result SPM Keluar

Assalamualaikum..
Hai..

Just nak bagi tau nie....

RESULT SPM 2012 AKAN KELUAR PADA 21 MAC 2013...

Bersedialah kawan-kawanku sekalian..
Berdoa la banyak-banyak kepada Allah supaya kita sama-sama dapat result yang cemerlang dan dapat mencapai cita-cita masing-masing.. Amin...


Tips kecantikan

Assalamualaikum..

Kali nie Dayah nak konsi dengan korang sedikit tips yang berguna..

Cara nak lebatkan rambut
selepas membersihkan rambut, korang boleh bilas rambut dengan teh pahit yang telah ditapis. Seterusnya, keringkan rambut dengan tuala bersih.. 
Amalan ini haruslah dijadikan rutin harian.. Insyaallah.. Dalam masa beberapa bulan rambut akan kelihatan lebat dan hitam.. 


Cara naikkan seri muka
Untuk pengetahuan kawan2 semua, air beras boleh naikkan seri wajah tau!
Kita boleh mengambil air beras basuhan yang ketiga untuk basuh muka.. Selepas 10 minit barulah kita bilas dengan air bersih.. Lakukan sekerap mungkin untuk hasil yang diingini..
Cara nie juga boleh rawat masalah jerawat dan parut jerawat..
Dayah tak amalkan pun sebab asyik lupa nak simpan air beras.. Tapi dayah dah tengok hasilnya sebab ada sorang hamba Allah nie dah amalkan.. Dulu muka dia berjerawat tapi sekarang dah licin..  Siapa dia?? Biarlah rahsia.. hehehe


Cara nak hilangkan sembab di muka
Dayah sedang amalkan cara nie..Almaklum la muka dah tembam..  Kita kena amalkan mengurut muka sebelum tidur dan semasa baru bangun tidur..  Selain itu, kita boleh amalkan mengunyah chewing gum selalu.. Dayah selalu sedia chewing gum tapi tak makan pun...hehehe  Dayah dapat info daripada hasil pembacaan...


Ok lah. That's all. Dayah harap info yang dikongsikan ini berguna untuk kalian yang membaca post ini..

Tuesday, March 12, 2013

Result SPM dah nak keluar

Assalamualaikum..
hallo..
Dayah bukan nak cerita apa sangat pon.. But.. i wanna share something with u.. Result SPM dah dekat nak keluar.. Berdebar-debar rasa.. Yang pernah dan sedang mengalami, mesti faham kan perasaan dayah?? Setiap kali result exam penting macam SPM, PMR dan,  UPSR kita mesti akan rasa perasaan tu.. Entah apa la keputusan dayah nie.. entah elok ke tak ?? Pening.. pening.. Tapi tak pa la, pasrah je la..

Nie dayah nak share cara nak check result SPM secara sms ja..

Taip: SPM [No KP] [angka giliran]  dan hantar ke 15888 

Semakan boleh dibuat pada hari keputusan keluar bermula pada pukul 10.00 pagi.

Tarikh dijangkakan ialah pada 20 Mac 2013.. tapi dayah tak berapa pasti la.. kita tunggu je la pengumuman nanti..  

sebelum ambik result, baca:
al-Fatihah sekali,
ayat Kursi sekali,
al-Ikhlas 7 kali,
al-Alaq 3 kali,
an-Nas 3 kali..
mintalah dengan Allah dengan rendah diri.. mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan..
Insyaallah.. Kejayaan boleh menjadi milik kita semua.. Amin..

Bersyukur......sangat. Alhamdulillah

Assalamualaikum..
hai..


Post kali nie tentang bersyukur. Sebenarnya tadi waktu di kedai(tempat kerja), datang seorang mak cik nie.. Ada orang tolong pegang tangan dia waktu dia masuk kedai.. Mungkin jiran dia la kot.. Tetiba dia berdiri depan kaunter. Dia tanya, "adik, pen yang tak leh keluaq ada?, roti empat segi hat tawaq ada? roti merie ada?" semua jawapan yang dibalas adalah "ada" tapi roti merie dibalas "tak ada". Dayah boleh cerita sikit je la.. yang lain tak penting.. Tetiba dia suruh kami(pekerja kedai) ambik untuk dia tapi dia hanya berdiri di depan kaunter.. Dayah rasa pelik la jugak.. kenapa dengan mak cik nie?? Kenapa tak pergi sendiri?? Tapi Dayah pergi ambik jugak barang-barang yang dia nak.. Waktu dayah sampai di kaunter, dia macam tengah tengok barang yang ada dekat kaunter. Kejap mata hitam dia ke kiri dan kejap ke kanan.. Lepas lama dayah perhati dia baru dayah sedar sesuatu.. Dia tak nampak a.k.a. buta.. Kesian kat dia.. dia ada pasang bateri di lengan kiri.. Dia sakit buah pinggang.. Dah tujuh tahun dia pakai dia bateri tu.. Mesti korang pelik kan?? Macam mana dayah boleh tahu macam-macam sangat nie?? Dayah nie reka cerita ke?? Tak... Dayah tak tipu.. Mak cik tu yang cerita sendiri kat maksu(orang yang jaga kaunter waktu tu..)
Waktu tu dayah rasa bersyukur sangat sebab Allah masih pinjamkan nikmat untuk melihat.. Alhamdulillah..
Waktu tu jugak dayah rasa bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik.. Alhamdulillah..
Kesimpulannya, kita harus bersyukur kepada Allah sebab masih memberi kita peluang untuk menikmati hidup.. Bayangkan kalau kita buta, hidup kita dalam gelap je.. Oleh itu, kita mestilah bersyukur sebab diberi kesihatan yang baik dan anggota badan yang lengkap dan masih berfungsi.. Walaupun kita rasa kita nie tak cantik, tapi sebenarnya kita cantik.. Manusia sudah dikira cantik jika sempurna anggota tubuh badan. Seseorang itu akan menjadi cantik di mata manusia dan Allah jika akhlaknya cantik dan imannya cantik.. so.. berbahagialah dan bersyukurlah ye.. :)


                                                          

Friday, March 8, 2013

Pengalaman bekerja

Assalamualaikum..
Hai..

Sekarang  Dayah dah  kerja  tau..  Tapi kerja  biasa-biasa aja..  Macam2  kelebihan yang dayah dapat setelah kerja  lebih kurang  2 bulan lebih..  Dayah kerja kedai barang...  eleh..  kerja  kedai  je pon..  ape la sangat yang nak diceritakan.. (maybe tu la yang korang kata waktu baca post nie kan??)

1. Sebenarnya  masa dayah bekerja di situ, dayah dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan orang ramai..  mana tak nya, hari2 mesti ada pelanggan yang bercakap dengan dayah.. walaupun diorang just tanya tentang barang je.. Sebenarnya  dayah nie  agak berat mulut nak bercakap dengan orang yang tak dikenali.. Tapi lepas dah kerja kat situ kurang sikit la perangai berat mulut nie..
2. Lagi satu,  dayah  dapat  latih diri untuk bersabar.. Tak percaya??  Kalau  kita  berdepan dengan pelanggan  yang cerewet, takkan la kita nak buat muka masam je waktu dia cakap macam2..  Kalau kita marah dia nanti dia blah pulak kan?? ha..kan dah rugi.. so, terpaksa la layan dengan senyuman n sabar je la..  Kalau hari hari macam tu, confirm la kesabaran kita meningkat..
3. Ketiga, dayah dapat maintain berat badan.. nak kurangkan tu susah sikit la sebab nafsu makan dayah tinggi.. hahaha

So, pengalaman yang sedikit  ini pon sudah cukup  untuk mematangkan kita..
sekian.

*sambil minum susu skim rendah lemak yang sedap sangat3.. siap dah post yang membosankan nie..